Connect with us

Mobile Legends

“Saya mohon maaf,” – Error

Published

on

Pemain kompetitif Mobile Legends, Edmond Yue menyesal dan memohon maaf atas keterlanjuran dari pihaknya. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pemain kompetitif bagi pasukan RED Esports, Edmond Yue (Error) memohon maaf berikutan satu perbualan dalam What’s App yang viral dalam kalangan komuniti Mobile Legends : Bang (Mobile Legends).

Error berkata, dia menyesal mengenai perbualannya mengenai pasukan Bosskurr itu dan bertanggungjawab dengan percakapannya.

“Saya menyesal dengan perkara ini dan saya memohon maaf atas keterlanjuran dari pihak saya.

“Walaupun gurau kasar dalam komuniti adalah perkara yang tidak pernah habis tapi saya mohon maaf apabila bercakap dalam What’s App kumpulan ini.

“Saya tidak pernah sama sekali tidak menghargai usaha Bosskurr mewakili Malaysia di Sukan SEA. Saya memang ikhlas bangga dengan usaha mereka kerana membawa nama Mobile Legends Malaysia,”tambahnya.

Error juga berkata dia kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan maklumat perbualan di dalam kumpulan itu di media sosial.

“Semua orang ada pendapat dengan cara tersendiri dan tidak perlu menjadi batu api untuk melagakan saya dengan komuniti Mobile Legends yang seterusnya menyebabkan salah faham berlanjutan.

“Tapi ikhlas dari hati saya, saya mohon maaf kepada rakan-rakan, penyokong dan kepada semua yang mengenali saya dari dalam dan luar. Maafkan saya,” kata Error.

Sebelum ini satu perbualan dalam What’s App Error bersama beberapa individu lain tersebar di media sosial.

Dalam perbualan tersebut, menceritakan mengenai prestasi pasukan Malaysia yang terdiri dari pemain-pemain Bosskurr dalam Temasya Sukan SEA 2019.

Dalam kejohanan itu, Bosskurr menyumbang pingat gangsa untuk Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved