Connect with us

Mobile Legends

Moonton perkenal liga semi pro di Indonesia

Published

on

Foto : MPL Indonesia

PEMBANGUN e-sukan Mobile Legends:Bang-Bang (Mobile Legends), Moonton mengumumkan satu liga semi profesional Indonesia yang dikenali sebagai MDL (Mobile Legends Developmental League) akan dipertandingkan dalam masa terdekat.

Moonton berkata, meski ia bertaraf semi-pro, profesionalisme masih menjadi keutamaan mereka.

“Moonton akan sentias berikan yang terbaik dalam membangunkan ekosistem e-sukan Mobile Legends. Perkara ini seiring dengan visi kami untuk menjadi pelopor ekosistem e-sukan secara keseluruhan.

“2020, merupakan satu tahun yang penuh dengan kejohanan seperti Liga Profesional (MPL) dan Kejohanan Dunia Kedua (M2).

“Selain itu Moonton akan memperkenalkan satu liga kelas kedua sebagai satu platform bagi pemain untuk menjadi pemain profesional, iaitu MDL.”

Menurut Moonton, mereka telah menjemput lapan pasukan yang sudah menyertai MPL untuk menghantar pasukan kedua mereka bagi menyertai MDL.

Selain itu, Moonton berkata beberapa slot juga dibuka untuk pasukan-pasukan yang lain.

“Bagi pasukan yang berada di luar ekosistem MPL akan bertanding untuk mendapatkan slot menerusi kelayakan offline.

“Setiap pasukan yang telah mendaftar, akan melalui tapisan dan akan diputuskan oleh pihak kami.

“Pemilihan format kelayakan offline itu bagi proses kelayakan ini adalah supaya kejohanan ini menjadi lebih telus dan terbuka,” kata Moonton.

Sementara itu, Pesuruhjaya MPL Indonesia Lucas Mao berkata Moonton sentiasa tekad untuk membangun dan memampankan lagi ekosistem dengan memperkenalkan kejohanan dari peringkat amatur sehingga ke peringkat profesional.

MDL Indonesia akan bermula pada bulan hadapan dan akan berlangsung selama 2 bulan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved