Mobile Legends
Lineup baru 2 minggu, Red Revolution berjaya muncul juara Super Red Festival Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Skuad kedua Red Esports, Red Revolution muncul sebagai juara Kejohanan Super Red Festival Mobile Legends Bang: Bang (Mobile Legends) 2019 pada malam tadi.
Red Revolution yang baru menukar hampir 90 peratus barisan pemainnya pada 2 minggu lalu berjaya menewaskan Sterk Gaming 2-0 pada final.
Mereka sebelum itu menewaskan skuad utama Red Esports, Red Phoenix dalam satu pertembungan epik 2-1 pada semi final
Red Revolution kini terdiri daripada:
- Adam Aiman (byby)
- Hanis Adlan Adnan (Haru)
- Mohamad Alham Zuhri Zamri (Epal)
- Irsyad Amir Ilham (Fufu)
- Ahmad Irsyad Ahmad Azuarrul Saini (Irsyad)
Pada kejohanan yang berlangsung di Quill City Mall itu menyaksikan Epal direhatkan dan digantikan dengan Ashif Halaj Abdul Majid (Ash) yang sebelum ini menjuarai Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2, 2019.
Menerusi kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan 3,000 hadiah diamonds Mobile Legends setiap seorang.