Mobile Legends
MPL: Pendaftaran bermula 20 Jan, hadiah wang terkumpul kekal AS$100,000 (RM410,000)

KUALA LUMPUR – Pendaftaran Liga Profesional Mobile Legends : Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura akan dibuka pada 20 Januari ini.
Perkara itu diumumkan oleh pihak Mobile Legends pada hari ini.
“MPL Malaysia dan Singapura kembali lagi.
“Anda rasa anda mempunyai semangat dan cita-cita untuk menjadi legenda seterusnya? Sediakan pasukan anda dan tunjukkan kami yang anda boleh!” kata Mobile Legends.
Walau bagaimanapun, Mobile Legends tidak menyertakan borang pendaftaran bagi mana-mana pemain untuk menyertai liga musim kelima itu.
BACA: Harap slot pasukan jemputan MPL dikurangkan – Peminat
Sementara itu, Mobile Legends turut mengumumkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM410,000 (AS$100,000) akan disediakan untuk liga itu.
Bertemakan “Ignite The Passion“, Mobile Legends masih lagi belum mendedahkan senarai pasukan yang layak menerima slot jemputan ke liga tersebut.