Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends bakal kolaborasi dengan animasi jepun, Bleach?

Published

on

Siapa sasaran Mobile Legends menerusi kolaborasi ini?

KUALA LUMPUR – E-sukan mudah alih Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) baru-baru ini sedang melakukan tinjauan mengenai animasi popular Jepun, Bleach.

Tinjauan yang hanya merangkumi lima soalan itu bertanyakan mengenai sejauh mana pengetahuan pemain mengenai animasi dan watak-watak dalam Bleach.

Selain itu, Mobile Legends turut bertanyakan watak Bleach yang mana paling sesuai untuk dijadikan sebagai kulit hero Mobile Legends.

Bleach merupakan satu siri komik dan animasi Jepun yang dilihamkan oleh Kubo Tite.

Ia mengisahkan seorang remaja yang bernama Kurosaki Ichigo yang mempunyai kuasa Soul Reaper dan menyebabkan dia mempunyai kelebihan melihat dunia lain.

Ichigo mewarisi kelebihan dan kuasa itu dari keluarganya.

Kehidupannya bertambah kompleks sejak dia bertemu dengan seorang Shinigami (Dewa Maut) yang dikenali sebagai Kuchiki Rukia.

Siri komik yang  bermula sejak 7 Ogos 2001 dan tamat pada 22 Ogos 2016 itu telah dijual melebih 90 juta salinan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved