Connect with us

PUBG Mobile

Siapa Muzamil dan ada apa dengan angka 8?

Published

on

Selain melakukan perdagangan forex, Muzamil juga merupakan seorang ejen broker forex dan menguruskan beberapa perniagaan termasuk pencetakan Jersi Fazz Print dan Bajooby.com.

NAMA Mohd Muzamil Abd Muen (Muzamil) terus menjadi sebutan dalam kalangan komuniti e-sukan tanah air berikutan sumbangan stars yang didermakannya dalam Grand Final Kejohanan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah (SCG2020) pada semalam.

Dalam penstriman langsung Grand Final SCG2020, Muzamil mendermakan 30,516 stars di Facebook IO Esports dan 158,372 stars di Facebook E-sukan.

Secara keseluruhan Muzamil telah menderma 188,888 stars dan seterusnya diangkat sebagai penderma stars terbanyak dalam penstriman langsung Grand Final SCG 2020.

BACA: Siaran Grand Final SCG 2020 berjaya kumpul 622,844 stars

Ada di antara menggelarkan Muzamil sebagai ‘Sultan’ kerana sifat murah hatinya untuk menderma dalam satu jumlah yang besar.

Dia juga sering dilihat sering menonton dan menderma di Facebook penghibur penstriman langsung nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz).

WTM Today berkesempatan untuk menemu bual Muzamil pada semalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Ikuti perbualan ringkas kami:

WTM Today: Terima kasih kerana sudi menemu bual, Encik Muzamil. Mungkin kita boleh memulakan perbualan ini dengan Encik Muzamil berkongsingkan, bagaimana anda mula-mula menonton penstriman langsung di Facebook?

Muzamil: Saya bekas gamer juga. Dari kecil sehinggalah saya ada seorang anak ketika ini. Dulu memang banyak menggunakan duit dalam gaming, sehingga beribu-ribu juga. Namun apa yang menarik pada zaman sekarang, gamers pun boleh buat duit. Jadi saya berilah sokongan kepada mereka semua.

WTM Today: Encik Muzamil sering menderma dengan angka 8. Boleh kongsikan maksud tersirat pemilihan nombor 8 ini?

Muzamil: Nombor 8 memang stail saya. Saya ahli nombor 8 kepada CTC FM Radio Forex Online. Dalam industri perdagangan, saya sebagai pedagang tukaran mata wang asing (forex) akan menggunakan lot position order angka 8. Jadi orang akan tahu nombor 8 itu adalah dari saya.

WTM Today: Oh begitu rupanya. Terima kasih atas perkongsian. Encik Muzamil, apakah pandangan anda mengenai industri gaming negara kita?

Muzamil: Industri gaming di Malaysia ni masih baru. Saya rasa ia akan berkembang lebih agresif, tambahan lagi dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Bagi saya itulah aktiviti yang baik untuk dilakukan anak-anak muda sekarang.

WTM Today: Baiklah, terima kasih. Encik Muzamil ada kata-kata nasihat atau ucapan yang ingin ditujukan kepada gamers di Malaysia? 

Muzamil: Jaga bahasa, tutur kata dan perangai ketika melakukan stream. Terutama bagi mereka yang baru menceburi bidang ini sebab saya singgah dari streamer kecil sehinggalah streamer besar. Secara mudahnya, belajarlah dari streamer lama seperti Soloz, Agus dan Daddyhood.

Selain melakukan perdagangan forex, Muzamil juga merupakan seorang ejen broker forex dan menguruskan beberapa perniagaan termasuk pencetakan Jersi Fazz Print dan Bajooby.com.

Dia yang menggunakan nama samaran Bob Kehek dalam dunia permainan video turut meminati Counter Strike, Command & Conquer: Red Alert, Command and Conquer : Generals dan Rules of Survival.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved