Connect with us

Mobile Legends

Derma stars kena ikhlas, bukan untuk main sekali dengan streamer

Published

on

KUALA LUMPUR – Penonton perlu menderma stars dengan keikhlasan atau sebagai tanda penghargaan kepada penghibur penstriman langsung (streamer) bukan berharap untuk bermain sekali dengan mereka, kata Mohd Muzamil Abd Muen (Muzamil).

“Bagi penonton, derma stars kena ikhlas sebab kita suka streamer itu atau kerana kandungannya bagus. Stars itu sebagai penghargaan atau ganjaran kepada streamer.

“Bukannya derma stars sebab untuk main sekali dengan streamer. Dah lah tak terer (hebat).

“Perkara itu terjadi kepada Soloz pada kelmarin dan saya agak kecewa dengan penonton,” katanya. 

Lawan donate star untuk beri semangat kepada streamer

Pada siaran langsung Grand Final Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020 di Facebook semalam menyaksikan ‘pertarungan’ dalam kalangan penderma stars.

Antara menjadi perhatian adalah ‘pertembungan’ Muzamil dengan pengasas IO Esports, Kenchi Yap yang dilihat berlumba-lumba menduduki ranking itu.

Secara keseluruhan, Muzamil mengumpul 188,888 stars manakala Kenchi Yap 158,888 stars. Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret, John Yao berada di tempat ketiga dengan 88,888 stars.

Sumbangan derma itu turut mendapat pujian dalam kalangan penonton dan komuniti e-sukan.

BACA: Kira-kira R27,000 sumbangan stars didermakan ke Tabung Covid-19 Selangor

Mengimbas semula mengenai perkara itu, Muzamil berkata dia mengakui akan ‘melawan balik’ stars yang diberikan penderma yang lain.

“Kepada penderma yang lain, jangan lawan stars haha. 

“Saya selalu lawan balik pemberian stars yang diberi penderma lain. Ia sebenarnya dapat memberi semangat kepada streamer kalau penderma melawan-lawan pemberian stars,” katanya.

Muzamil turut berkongsikan peringkat pemberian starsnya kepada streamer di Malaysia:

  • 188 stars – Sebagai tanda memberi salam
  • 388 stars – Penonton ramai /  Streamer yang bagus
  • 888 stars – Tontonan melebihi 1,000 penonton
  • 1888 stars – Tontonan melebihi 2000 – 3000 penonton
  • 3888 stars dan ke atas –  Diberikan untuk streamer utama

Nama Muzamil sering disebut-sebut dalam kalangan komuniti dan kadang kala digelar sebagai ‘Sultan’ kerana sifat murah hatinya yang menderma stars dalam satu jumlah yang besar.

Selain melakukan perdagangan forex, Muzamil juga merupakan seorang ejen broker forex dan menguruskan beberapa perniagaan termasuk pencetakan Jersi Fazz Print dan Bajooby.com.

Dia yang menggunakan nama samaran Bob Kehek dalam dunia permainan video turut meminati Counter Strike, Command & Conquer: Red Alert, Command and Conquer : Generals dan Rules of Survival.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved