Connect with us

PUBG Mobile

Acara game 2 hari berjaya kutip derma RM 36,488 untuk Tabung Covid-19 – MB Selangor

Published

on

Foto fail / Facebook / Amirudin Shaari (2019)

KUALA LUMPUR – Kejohanan Selangor Cyber Games Edisi Piala Duduk Rumah (SCG 2020) berjaya mengutip sumbangan derma sebanyak RM36,488 untuk Tabung Covid-19 Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan perkara tersebut dalam satu ciapan di Twitter pada petang tadi.

“SCG 2020 yang berlangsung selama dua hari telah mencatatkan kutipan RM 36,488 untuk Tabung Covid-19 Selangor. 

“Pertandingan ini juga telah berjaya menarik perhatian ramai. Tahniah kepada para pemenang,” katanya.

Pada 8 dan 9 April yang lalu, kerajaan Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerjasama IO Esports telah menganjurkan kejohanan sukan siber SCG 2020 secara atas talian.

Dalam kejohanan SCG 2020 itu turut menyaksikan portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media rasmi.

BACA: SCG 2020: Siaran Grand final berjaya kumpul 622,844 stars

SCG2020 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 dan mempertandingkan dua kategori e-sukan iaitu Mobile Legends dan PUBG Mobile.

Pada peringkat Grand Final SCG 2020 menyaksikan Team Bosskurr menjadi juara untuk e-sukan Mobile Legends manakala pasukan NED Brotherhood juara bagi e-sukan PUBG Mobile.

Statistik Kejohanan SCG 2020

Grand Final SCG 2020 telah disiarkan secara langsung di Facebook IO Esports dan Facebook E-Sukan.

SCG yang telah memasuki edisi ketujuh pada tahun ini diperkenalkan sejak 2014 dengan harapan dapat mencungkil bakat anak-anak muda dalam arena e-sukan. 

SCG juga merupakan inisiatif kerajaan Selangor bagi menyediakan platform untuk anak-anak muda Malaysia yang mahu membawa nama Malaysia dan juga Selangor ke pentas dunia. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved