Connect with us

Mobile Legends

SCG 2020: Siaran Grand final berjaya kumpul 622,844 stars

Published

on

SCG 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

KUALA LUMPUR – Siaran langsung Grand Final Selangor Cyber Games – Piala Duduk Di Rumah (SCG 2020) berjaya mengumpulkan 622,844 stars secara keseluruhan.

Perkara itu diumumkan penganjur IO Esports pada malam tadi.

“Sebanyak 622,844 stars telah berjaya dikumpulkan dalam SCG 2020. Sememangnya gempak komuniti e-sukan negara kita.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendermakan stars. Setiap stars yang didermakan akan disalurkan ke Tabung COVID-19 bagi mereka yang memerlukan dan ia akan diuruskan kerajaan Negeri Selangor.

“Jumpa lagi pada kejohanan yang akan datang,” katanya.

Grand Final SCG 2020 yang mempertandingkan dua kategori e-sukan iaitu Mobile Legends dan PUBG Mobile disiarkan secara langsung di Facebook IO Esports dan Facebook E-Sukan pada Khamis.

Dianggarkan 622,844 stars Facebook yang berjaya dikumpulkan dalam penstriman langsung itu bernilai kira-kira RM27,000.

Selain itu, IO Esports turut menyenaraikan 10 penderma terbanyak dalam penstriman langsung Grand Final SCG 2020:

SCG 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

Dari pihak WTM Today, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih setiap sumbangan yang diberikan baik dari segi wang ringgit atau masa yang diluangkan sepanjang SCG 2020 berlangsung. Semoga jasa baik anda dibalas Tuhan dan semoga urusan anda sentiasa dipermudahkan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved