Connect with us

PUBG Mobile

SCG 2020: Senarai 5 penderma stars Facebook terbanyak

Published

on

KUALA LUMPUR – Kejohanan e-sukan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah (SCG 2020) telah melabuhkan tirainya pada hari ini dengan menyaksikan Team Bosskurr sebagai juara bagi kategori Mobile Legends dan NED Brotherhood bagi kategori PUBG Mobile.

SCG 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM40,000 secara keseluruhan turut disiarkan secara langsung di Facebook IO E-Sports dan E-sukan sejak 10 pagi tadi.

Selain berpeluang menyaksikan pasukan pilihan bertarung dalam gelanggang maya, penonton juga diberi peluang untuk menderma stars ketika Grand Final SCG 2020 diadakan.

Berikut adalah senarai 5 penderma stars terbanyak dalam penstriman langsung Grand Final SCG 2020:

  • Mohd Muzamil Abd Muen: 188,888 stars
  • Kenchi Yap: 158,888 stars 
  • John Yao: 88,888 stars
  • MasterRamen 20,888 stars
  • Daddyhood 10,534 stars

Setiap sumbangan stars itu akan disalurkan terus ke Tabung Covid-19 Selangor.

SCG 2020 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

Dari pihak WTM Today, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih setiap sumbangan yang diberikan baik dari segi wang ringgit atau masa yang diluangkan sepanjang SCG 2020 berlangsung. Semoga jasa baik anda dibalas Tuhan dan semoga urusan anda sentiasa dipermudahkan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved