Connect with us

PUBG Mobile

SCG 2020: Senarai 8 pasukan PUBG Mobile yang layak ke Grand Final

Published

on

8 pasukan yang layak ke Grand Final SCG 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 512 pasukan telah menyertai pusingan kelayakan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020 (SCG 2020) bagi kategori PUBG Mobile pada semalam.

Pada pada peringkat awal, 512 pasukan itu dibahagikan kepada lapan kumpulan.

Setiap kumpulan itu mempunyai 64 pasukan dan hanya dua pasukan teratas sahaja yang layak mara ke pusingan seterusnya.

Pada pusingan berikutnya, hanya lapan pasukan terbaik mendapat slot ke Grand Final SCG 2020.

Berikut adalah 8 pasukan yang layak ke Grand Final PUBG Mobile SGC 2020:

  • TheFarang Furious
  • Bosskurr Revenge
  • Jentera Pejuang
  • TheFarang Guerilla
  • Norlan United Projectex
  • MrekingXP
  • Aka Esports New Era
  • Marlino Super

Pasukan-pasukan tu akan menyertai lapan pasukan PMPL MYSG yang telah menerima jemputan terus untuk bertarung pada peringkat Grand Final itu.

BACA: SCG 2020: 8 pasukan PUBG Mobile dapat jemputan terus, termasuk Yoodo Gank

Grand Final PUBG Mobile SCG 2020 menawarkan hadiah wang terkumpul bernilai RM20,000 dan sebanyak lapan pusingan akan dijalankan esok.

Berikut adalah jadual perlawanan Grand Final PUBG Mobile SCG 2020:

12PM: Pusingan 1 – Sanhok
1PM: Pusingan 2 – Vikendi
2PM: Pusingan 3 – Miramar
3PM: Pusingan 4 – Erangel
4PM: Pusingan 5 – Sanhok
5PM: Pusingan 6 – Vikendi
6PM: Pusingan 7 – Miramar
7PM: Pusingan 8 – Erangel

Grand Final PUBG Mobile SCG 2020 akan disiarkan secara langsung di Facebook IO Esports.

BACA: J Hunter, OnTheGo akan mengulas esok 12PM

Penonton juga berpeluang untuk menyumbangkan dana ke Tabung COVID-19 menerusi sumbangan stars dalam penstriman langsung itu.

SCG 2020 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved