Connect with us

PUBG Mobile

SCG 2020: Meski bermula dengan baik, STP tidak dapat mara ke Grand Final

Published

on

GGWP STP Pipol.

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile dari Team Bosskurr, Standard Tapi Power (STP) tidak dapat mara ke Grand Final Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020 (SCG 2020) pada esok.

Pengurus Team Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood) mengumumkan perkara itu pada malam tadi.

“STP tak lepas ke Grand Final.

“Tidak mengapa, (mungkin) kejohanan yang seterusnya, InsyaAllah,” kata Daddyhood.

Daddyhood berkata demikian dalam satu kenyataan di media sosialnya berserta gambar yang menampilkan pemain-pemain STP termasuk Dwi Agus Rian Supardi (Agus), Faris Zakaria (Soloz), Zulfikar Kene (Obot), Nureddy Nursal (Daddyhood) dan Syafiq Faizin (Zynn).

Pada pusingan kelayakan dilihat bermula dengan baik apabila meraih 19 mata bunuh dan Chicken Dinner pada pusingan pertama.

Bagaimana pun, rezeki tidak memihak kepada mereka apabila STP meraih tempat keempat pada pusingan akhir kelayakan.

Sementara itu Grand Final SCG 2020 akan bermula pada jam 12 tengah hari esok dan akan disiarkan secara langsung di Facebook IO Esports.

Sebanyak lapan pasukan profesional PUBG Mobile tanah air telah menerima jemputan terus ke kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang terkumpul bernilai RM40,000.

BACA: 8 pasukan PUBG Mobile dapat jemputan terus, termasuk Yoodo Gank

SCG 2020 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved