Connect with us

PUBG Mobile

SCG 2020: 8 pasukan PUBG Mobile dapat jemputan terus, termasuk Yoodo Gank

Published

on

8 pasukan PUBG Mobile yang menerima jemputan terus ke Selangor Cyber Games - Piala Duduk Rumah 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan pasukan PUBG Mobile tanah air telah menerima jemputan terus ke Grand Final Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020 (SCG 2020) yang akan berlangsung esok.

Pasukan tersebut adalah:

  • BAPAK AH Esports
  • Yoodo Gank
  • Last Survivor R2K
  • Team Secret MY
  • NED Brotherhood
  • Resurgence MY
  • Geek Fam MY
  • Bigetron AROV

Pasukan-pasukan tersebut merupakan lapan pasukan teratas dalam ranking Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

BACA: J Hunter, OnTheGo akan mengulas esok 12PM

Sementara itu bagi kategori Mobile Legends, empat pasukan telah menerima jemputan terus iaitu Orange Esports, Geek Fam, Todak dan Team Bosskurr.

Grand Final SCG 2020 akan disiarkan secara langsung di Facebook IO Esports bermula jam 10 pagi.

Penonton juga berpeluang untuk menyumbangkan dana ke Tabung COVID-19 menerusi sumbangan stars dalam penstriman langsung esok.

SCG 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved