Connect with us

PUBG Mobile

SCG 2020: J Hunter, OnTheGo akan mengulas esok 12PM

Published

on

Jangn lupa saksikan penstriman langsung Grand Final PUBG Mobile Selangor Cyber Games 2020 esok!

KUALA LUMPUR – Duo pengulas e-sukan popular tanah air, Azrul Anwar (J Hunter) dan Parthiban Petchayappen (OnTheGo) akan mengulas dalam Kejohanan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah (SCG 2020) pada esok.

J Hunter dan OnTheGo akan mengulas pada sesi Grand Final PUBG Mobile SCG 2020 yang akan berlangsung pada jam 12 tengah hari di Facebook IO Esports.

Sementara itu, pengulas-pengulas bagi kategori Mobile Legends:Bang Bang akan menampilkan Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto), Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) dan Said Fudzi (Cortx),

Pada Grand Final SCG 2020 juga akan memberi peluang kepada penonton untuk menyumbangkan dana ke Tabung COVID-19 menerusi sumbangan stars ketika penstirman langsung dilakukan esok.

SCG 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved