Connect with us

PUBG Mobile

4608 gamers dijangka akan sertai Selangor Cyber Games – MB Selangor

Published

on

Datuk Seri Amirudin Shari ketika menghadiri Kejohanan Selangor Cyber Games pada tahun lalu. - Foto Facebook / Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menganggarkan seramai 4608 pemain e-sukan tanah air akan menyertai kejohanan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah.

Amirudin berkata Selangor yang merupakan antara peneraju sukan siber di Malaysia berhasrat untuk mengadakan kejohanan  secara atas talian itu sempena Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang berlangsung ketika ini.

“Salah satu elemen yang kita boleh terokai sepanjang kita berehat di rumah adalah menerusi permainan video.

“Selangor Cyber Games diadakan secara atas talian supaya anda boleh bermain dari rumah, pejabat atau lokasi anda,” katanya dalam satu video yang diterbitkan di IO Esports pada semalam.

Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah akan berlangsung pada hari ini dan esok.

Sebanyak dua kategori e-sukan dipertandingkan iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends : Bang Bang. Bagi setiap kategori itu akan disertai 512 pasukan e-sukan tempatan.

Setiap yuran pendaftaran bagi kejohanan itu juga akan disalurkan kepada Tabung Covid-19 Selangor.

Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved