Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Selepas dirangkul sebagai juara, Bigetron RA mahu beri 5 jersi eksklusif kepada peminat

Published

on

JUARA Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL ID) Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) mengadakan satu sesi pemberian hadiah 5 jersi eksklusif kepada peminat.

Dalam satu kenyataan pada semalam, pemberian hadiah itu sebagai tanda penghargaan kepada sokongan peminat kepada pasukan nombor satu di Indonesia itu.

Pada awal bulan ini, Bigetron RA melancarkan 100 jersi edisi terhad yang bernilai kira-kira RM107 (400,000 rupiah) setiap satu.

Jersi itu bagaimanapun telah habis dijual dalam beberapa hari ia dipaparkan di laman Tokopedia.

Bigetron RA muncul sebagai juara Grand Final PMPL Indonesia pada hujung minggu lalu dan membawa hadiah wang tunai kira-kira RM86,000.

Menerusi kemenangan itu juga Bigetron RA secara automatik berjaya mendapatkan slot ke liga dunia dan Final Liga Asia Tenggara.

Sementara itu, pasukan Morph Team berada di tempat kedua dan Onic Esprots berada di tempat ketiga dalam PMPL Indonesia.

Kedua-dua pasukan itu juga layak ke Final Liga Asia Tenggara yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan.

Sebanyak 16 pasukan akan menyertai Final Asia Tenggara itu yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM650,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved