Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Team Bosskurr perkenal barisan pemain STP

Published

on

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr baru-baru ini memperkenal skuad terbaharu PUBG Mobile, iaitu Standard Tapi Power (STP).

Dalam satu foto dimuat naik di akaun Instagram, Team Bosskurr membuat naik satu foto berserta kapsyen: “Skuad penuh STP lahir di?”

Foto itu turut membariskan pemain dan penghibur penstriman popular negara termasuk Faris Zakaria (Soloz), Zulfikar Kene (Obot), Nureddy Nursal (Daddyhood) dan Syafiq Faizin (Zynn).

Sementara itu, pengurus Team Bosskurr, Daddyhood berkata Dwi Agus Rian Supardi (Agus) turut akan berada dalam barisan itu.

“Sebenarnya ada ramai lagi dalam barisan STP. Penjahat (Sofian Sultan) pun bersama STP.

“Sebenarnya STP ini ditubuhkan tanpa sengaja, lebih kepada hiburan. Tapi tiba-tiba mendapat perhatian pula,” katanya kepada What’s The Meta Today.

Daddyhood juga mengesahkan, STP akan menyertai kejohanan tahunan Selangor Cyber Games 2020 (SGC 2020) bagi kategori PUBG Mobile, yang akan diadakan esok.

Kejohanan SGC 2020 menawarkan hadiah wang terkumpul bernilai RM40,000.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai, boleh mendaftar di:  selangorcybergames.net

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved