Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MYSG: Top 5 Killer Peringkat Liga

Published

on

5 Pemain Terbaik bagi Kategori Mata Bunuh Paling Banyak.

KUALA LUMPUR – Musim Liga Profesonal PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) telah berlangsung selama tiga minggu dan menyaksikan pemain Team Secret, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) dipilih sebagai pemain Terbaik.

Sepanjang tiga minggu PMPL MYSG berlangsung, uHigh mengutip 162 mata bunuh dan 33,382 mata musnah.

Uhigh mengutip lebih 39 mata berbanding penyandang tempat kedua, iatu pemain NED Brotherhood Muhammad Abdul Samad (SamZie) dengan 123 kills.

Berikut adalah senarai 5 Pemain Terbaik bagi Kategori Mata Bunuh Paling Banyak:

  1. Muhammad Dhiya Ulhaq – uHigh (Team Secret) – 162 kills
  2. Muhammad Abdul Samad – SamZie (NED Brotherhood) – 123 kills
  3. Aqil Yusli  – Six (Bapak Ah Esports) – 118 kills
  4. Mohd Irzam Aman Mohd Zaini – damRude (Geek Fam) – 116 kills
  5. Muhamad Izzrudin Hashim – Jumper (Yoodo Gank) – 115 kills

Sementara itu, ini adalah 5 Pemain Terbaik bagi Kategori Tembakan Di Kepala (Headshots) Paling Banyak: 

  1. Muhammad Dhiya Ulhaq – uHigh (Team Secret) – 31 kills
  2. Ahmad Aiman –  EChong (Last Survior R2K) – 29 kills
  3. Aekachai Areesanan – Madtoi (Team Secret) – 28 kills
  4. Mohd Irzam Aman Mohd Zaini – damRude (Geek Fam) – 26 kills
  5. Thanuk a/l Pri Cha – Nukk (Dingoz MZ) – 26 kills

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Kejohanan itu akan kembali pada 13,14 dan 15 April pada peringkat Grand Final. 

Sebanyak 16 pasukan telah layak ke Grand Final iaitu Bapak Ah Esports, Yoodo Gank, Team Secret MY NED Brotherhood, Bigetron MY, Geek Fam, Last Survivor R2K, Resurgence MY, Dingoz Esports, Xpert MY, Team No Recoil TARA Proyecto X, ESG Gaming, Axis MPX, EVOS VIP dan FV Unbeatable Gaming.

Juara bagi Grand Final PMPL MY/SG bakal mendapat peluang untuk beraksi di Liga Dunia menerusi Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas Grand Final PMPL itu akan diberikan slot untuk bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved