Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MYSG: uHigh killer terbaik liga, kutip 162 mata bunuh, 31 headshots

Published

on

Pemain berusia 16 tahun itu turut diumumkan sebagai pemain terbaik pada minggu ini dengan catatan 50 mata bunuh.

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret MY, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) dipilih sebagai Pemain Terbaik peringkat musim Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) dengan rekod 91.6 mata pencapaian.

Sepanjang tiga minggu PMPL MYSG berlangsung, uHigh mengutip 162 mata bunuh dan 33,382 mata musnah.

Selain itu, uHigh turut mencatat rekod tembakan kepala (headshots) paling banyak iaitu 31 mata.

Pemain berusia 16 tahun itu turut diumumkan sebagai pemain terbaik pada minggu ini dengan catatan 50 mata bunuh.

uHigh dan Team Secret layak ke Grand Final PMPL MY/SG selepas menduduki tempat ketiga di peringkat musim liga.

Team Secret yang mengumpul 1028 mata selepas melalui 72 pusingan turut membawa pulang RM39,000 (AS$9,000).

Pada peringkat liga, mereka turut berjaya mengutip 12 Chicken Dinner.

PMPL MY/SG peringkat liga telah berlangsung selama tiga minggu dan menyaksikan 16 pasukan teratas layak ke Grand Final yang akan berlangsung pada 13 sehingga 15 April nanti.

Pasukan tersebut adalah Bapak Ah Esports, Yoodo Gank, Team Secret MY NED Brotherhood, Bigetron MY, Geek Fam, Last Survivor R2K, Resurgence MY, Dingoz Esports, Xpert MY, Team No Recoil TARA Proyecto X, ESG Gaming, Axis MPX, EVOS VIP dan FV Unbeatable Gaming.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi Grand Final PMPL MY/SG bakal mendapat peluang untuk beraksi di Liga Dunia menerusi Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas Grand Final PMPL itu akan diberikan slot untuk bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved