Connect with us

Mobile Legends

Shopee Bosskurr sedia luaskan empayar

Published

on

Shopee kini menjadi penaja bagi pasukan Mobile Legends tanah air, Bosskurr Gaming. Mereka kini dikenali sebagai Shopee Bosskurr.

KUALA LUMPUR – Selepas mendapat tajaan daripada platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee, pasukan Mobile Legends Boskurr Gaming yang dijenamakan semula sebagai Shopee Bosskurr sedia meluaskan empayar mereka dalam arena e-sukan ini.

Pengurus Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) berkata kerjasama dan sokongan daripada Shopee mampu memudahkan urusan pasukan tersebut melakukan latihan dan mencapai lebih banyak perkara dalam industri e-sukan.

“Sasaran terbesar kami adalah untuk melayakkan diri bagi pemilihan wakil negara ke Sukan SEA 2019 dan seterusnya membanggakan rakyat Malaysia.

“Ini adalah kolaborasi yang menarik antara Shopee Malaysia dan Bosskurr.

” Shopee sangat membantu kami dan memberi bimbingan kepada kami untuk menyediakan platform rasmi untuk menjual barangan kami kepada peminat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pada hujung minggu lalu, Shopee Bosskurr layak ke pemilihan wakil negara bagi e-sukan Mobile Legends peringkat kebangsaan selepas terpilih mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu pusingan kelayakan.

Shopee Bosskur ketika ini terdiri daripada barisan pemain handalan tanah air iaitu, Faris Zakaria (Shopee Bosskurr Soloz), Abdul Wandi (Shopee Bosskurr Logan), Andi Alfian (Shopee Bosskurr Gripex), Herwin Baharuddin (Shopee Bosskurr Rush), Sopian Sultan (Shopee Bosskurr Penjahat) and Ahmad Fuad Razali (Shopee Bosskurr Fredo). 

Sebelum dikenali sebagai Bosskurr Gaming, mereka dikenali sebagai Team Saiyan, sebelum dijenamakan semula kepada AirAsia Saiyan pada Mac 2018.

Namun pada November 2018, mereka memilih untuk meninggalkan AirAsia Saiyan dan menubuhkan Bosskurr Gaming.

Menurut Daddy, pemilihan nama Bosskurr tiada kaitan dengan dengan mana-mana pihak.

“Kami sudah lama menggunakan perkataan Bosskurr itu lagi.

“Sebelum ia menjadi viral, kami memang selalu menggunakan Bosskurr kerana kawan-kawan kami ramai daripada Sabah dan mereka duduk di Klang.

“Setiap kali dalam permainan atau apabila berborak antara kami, memang kami banyak kali gunakan Bosskurr berbanding “Bro” yang dilihat terlalu urban,” jelas Daddy.

Selepas kira-kira empat bulan menggunakan nama Bosskurr Gaming, mereka kini dikenali sebagai Shopee Bosskurr.

Shopee Bosskurr telah melancarkan jersi rasmi mereka yang kini boleh didapati di platform e-dagang tersebut.

Selain jersi rasmi, beberapa barangan lain termasuk kable permainan video Bosskurr Gaming, koleksi pakaian 5Waktu dan barangan eksklusif lain turut disediakan

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved