Connect with us

Mobile Legends

Obot belum sedia sertai pasukan utama MyA

Published

on

Foto: Facebook / Obot Gaming

Pemain Mobile Legends tempatan, Zulfikar Kene atau senang dikenali Obot menjelaskan dia memilih untuk tidak bermain secara kompetitif untuk mana-mana pasukan profesional Mobile Legends buat masa ini.

Obot berkata fokus utamanya ketika ini adalah kepada menjadi seorang streamer.

“Mysterious Assassins (MyA) ingin memasukkan saya ke dalam pasukan utama mereka tetapi saya belum bersedia untuk bermain secara kompetitif.

“Saya mahu menumpukan kepada penstriman langsung,” kata Obot dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, pemain yang berasal daripada Sabah itu juga berkata dia berterima kasih kepada MyA kerana telah banyak membantu dan mendorongnya dalam karier e-sukan.

“Terima kasih juga kepada mereka yang terus memberi sokongan tanpa henti kepada saya,” kata Obot.

Bagi anda yang mahu melihat Obot beraksi bersama pemain-pemain tempatan yang lain menerusi penstriman langsungnya, boleh tonton di Facebook Obot Gaming.

Obot ketika ini mempunyai lebih 16,000 pengikut di laman Facebook itu turut sering melakukan penstriman langsung permainan video PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved