Connect with us

Mobile Legends

Bosskurr masih tunggu kontrak Flint

Published

on

Foto: mysg.mpl.mobilelegends.com


Kedudukan pemain Muhamad Azim M.Suhaimi (Flint) dalam pasukan Mobile Legends tempatan Bosskurr Gaming (Bosskurr) masih belum diputuskan lagi setakat ini.

Bosskurr berkata pihak mereka masih menunggu status kontrak Flint dengan pasukan lamanya, Mysterious Assassins (MyA).

“Kami masih menunggu status kontrak Flint dengan pasukan lamanya.

“(Butiran lanjut) akan diumumkan kemudian,” kata Bosskurr dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Flint dilihat menggunakan nama kumpulan BOSS yang mewakili pasukan Bosskurr Gaming ketika bermain Mobile Legends. – Foto Facebook / Flint Gaming

Baru-baru ini MyA mengumumkan senarai barisan pemain baharu mereka, sehari selepas tamatnya pusingan peringkat liga MPL musim ketiga.

Dalam senarai tersebut menyaksikan nama Flint digugurkan dalam barisan utama MyA, tetapi tidak diperincikan sebabnya.

Kedudukan Flint dalam Bosskurr menjadi tanya-tanya dalam kalangan komuniti dan peminat apabila dia kini menggunakan nama kumpulan ‘BOSS’ yang mewakili Bosskurr Gaming ketika bermain Mobile Legends.

Flint sebelum ini dikatakan memilih untuk menjadi pemain simpanan MyAdalam MPL baru-baru ini kerana mahu memberi perhatian kepada penstriman langsung (live streaming).


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved