Connect with us

Mobile Legends

MyA umum barisan pemain baharu, Flint tiada dalam senarai

Published

on

Pasukan Mobile Legends tanah air, Mysterious Assasin (MyA) hari ini mengumumkan senarai barisan pemain baharu mereka.

Dalam senarai tersebut menyaksikan beberapa pemain MyA masih kekal dalam barisan itu.

Mereka adalah:

  • Zaidi Asli (Lmao)
  • Muhammad Hazim Zulkifli (D Ace)
  • Fakhri Faturrahman Fahrizal (Fabbyy)
  • Muhd Hilmi Abd Halim (Shadow)
  • Farid Fakhrullah Fahrizal (Kuching Gebu)
  • Kevin Loh (Gato)

Pasukan yang pernah meraih tempat ketiga Liga Profesional (MPL) musim pertama itu turut menyatakan pemain yang senang dikenali sebagai Obot, turut akan sertai MyA sebagai streamer.

“Pasukan MyA baharu akan melakukan yang terbaik dan meletakkan lebih banyak usaha dalam latihan untuk memastikan MyA akan kembali lagi ke zaman kegemilangan dulu,” kata pasukan itu.

Dalam senarai MyA tersebut turut menyaksikan nama Muhamad Azim M.Suhaimi (Flint) yang bermain untuk MPL baru-baru ini, digugurkan.

Namun penjelasan mengapa nama Flint dikeluarkan tidak diperincikan secara lanjut.

MyA yang ditubuhkan pada 2016, merupakan antara nama besar dalam arena e-sukan Mobile Legends.

Selain meraih tempat ke-3 dalam MPL musim pertama, mereka juga pernah bergelar Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP pada tahun 2017.

Mereka bagaimanapun gagal untuk mara ke pusingan penentu MPL musim ketiga yang akan berlangsung pada 20-21 April depan, setelah berada di kedudukan tercorot dalam pusingan peringkat liga baru-baru ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved