Connect with us

Mobile Legends

Persoalan kedudukan Rush dalam Bosskurr terjawab

Published

on

Foto mysg.mpl.mobilelegends.com

Berikutan persoalan ketiadaan pemain Mobile Legends Herwin Baharuddin (Rush) dalam beberapa perlawanan Liga Profesional (MPL) sebelum ini terjawab apabila pasukannya Bosskurr Gaming (Bosskurr) mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu.

Menurut Bosskurr, Rush ditugaskan untuk menubuhkan skuad terbaharu yang dinamakan Boss Pusher bagi mengembangkan lagi organisasi e-sukan tersebut.

“Skuad baharu tersebut mempunyai potensi untuk projek Bosskurr pada masa akan datang.

“Kejayaaan terkini Boss Pusher adalah mereka baharu sahaja memenangi pusingan Kelayakan Sukan Asia Tenggara bagi negeri Melaka dan mereka kini berada di kedudukan Top 11 Global,” kata Bosskurr.

Dalam kenyataan tersebut Bosskurr turut menyatakan perancangan mereka untuk menubuhkan skuad PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) Mobile dan Free Fire.

Jelasnya, mereka masih dalam peringkat perangkaan pelan bagi memantapkan lagi organisasi e-sukan Bosskurr.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved