Connect with us

Mobile Legends

MPL: Akhirnya, Bosskurr layak ke playoff

Published

on

Foto mysg.mpl.mobilelegends.com

Pasukan Mobile Legends tanah air Bosskurr Gaming (Bosskurr) akhirnya layak ke pusingan penentu (playoff) Liga Profesional (MPL) selepas berjaya mengumpul mata yang sangat tipis.

Bosskurr meraih 2-0 ke atas Xpax A-ssin dalam perlawanan minggu terakhir liga MPL musim ketiga semalam, dan menyumbang kepada 9 mata secara keseluruhan di peringkat liga.

Sebelum ini, Bosskurr dilihat memulakan pusingan peringkat liga ini dengan sangat lemah apabila mengalami kekalahan lima pusingan berturut-turut sejak MPL musim ketiga bermula.

Mereka tewas kepada pasukan Singapura Bigetron SG 1-2, EVOS Esports SG, 0-2, Nara Esports 0-2, Resurgence 0-2 dan kepada juara MPL musim lalu Reborn 0-2.

Bosskurr kemudiannya menunjukan satu ‘kuasa kebangkitan’ selepas meraih kemenangan demi kemenangan, mengumpul mata 2-1 ke atas Geek Fam, 2-0 ke atas ICON dan seterusnya membuka laluan sendiri ke pusingan penentu MPL kali ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Xpax-Assins semalam.

Pasukan yang dikategorikan sebagai paling popular di negara ini, kini berada di kedudukan tangga ke-8 dalam peringkat liga tersebut, berada di belakang X-Assins dan Resurgence.

Kedudukan terkini Musim ke-3 MPL Malaysia dan Singapura setakat Sabtu, 9 malam. – Foto mysg.mpl.mobilelegends.com

Menurut peraturan kejohanan tersebut, hanya 8 daripada 10 pasukan daripada peringkat liga layak ke pusingan penentu MPL, yang akan berlangsung pada 20-21 April nanti.

Selain Bosskurr dan Xpax X-Assins, hanya Geek Fam dan juara musim lalu Reborn daripada pasukan Malaysia layak ke pusingan penentu.

Manakala kesemua pasukan Singapura termasuk Nara Esports SG yang mencatatkan rekod perlawanan 9-0 tanpa kalah di peringkat liga, Bigetron SG, EVOS Esports SG dan Resurgence layak ke pusingan penentu.

Sementara itu, pasukan ICON dan Mysterious Assassins (MyA) terpaksa akur tidak dapat mara ke pusingan seterusnya apabila mereka berada di kedudukan ke-9 dan ke-10 dengan masing-masing mengumpul 8 dan 2 mata sahaja.

MPL musim ketiga ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved