Connect with us

Mobile Legends

MPL: Penipuan apakah ini, Xpax A-ssin?

Published

on

Terlopong mulut. Ternaik kening. Terbeliak mata.

Kira-kira 4 saat, sudah cukup membuat ramai yang terkesima, baik penonton, pihak lawan mahupun pengulas dengan misi “penipuan tersebut.”

Ini apa yang berlaku dalam perlawanan Xpax X-Assins menentang Geek Fam dalam perlawanan peringkat Liga Profesional (MPL) semalam.

Semuanya bermula pada minit ke 15 dan 50 saat apabila Artha yang menggunakan hero tank Akai dan kukubesi daripada X-Assins menggunakan Thamuz mula menyerang Lord.

Pergerakan mereka sebenarnya telah dihidu Xorn daripada Geek Fam yang menggunakan Chou.

Operasi untuk tipu daya memerangkap Geek Fam bermula pada detik ini apabila kukubesi dan Artha menyerang Lord.

Xorn mula mengintai dengan dekat.

Pada minit ke 16 dan 6 saat, Xorn mula mengacah-acah menyerang Lord.

Pada detik ini juga, Ax yang menggunakan Harley mula mengumpan 2ez4jepv yang menggunakna Grock di laluan tengah (midlane).

Namun, ini juga satu momen yang sangat penting bagi Smooth (Harith) dan Nami (Helcurt) di laluan bawah (bottomlane). 

Smooth dan Nami sedang menyorok dalam semak.

Mereka menyorok dalam semak, seperti sedang mengatur dan menunggu masa yang tepat untuk memasang strategi mereka. 

Smooth dan Nami memulakan langkah pada minit ke 16 dan 10 saat.

Menyerang pangkalan Geek Fam, yang dilihat hanya Feekz yang menggunakan Hanzo menjaga kubu terakhir mereka.

Cukupkah hanya sekadar Feekz? Walaupun kita tahu skill dan kekuatan Feekz menggunakan Hanzo ini bukan kepalang!

Ketika ini juga pemain Geek Fam, Dominus (Kadita) dan Rippo (Minsitthar) cuba mengasak dan menyerang Lord memandangkan HP hanya tinggal dua bar.

Pada minit ke 16 dan 20 saat, sudah terlewat bagi 2ez4jepv dan Xorn untuk pulang ke pangkalan apabila menyedari Feekz memerlukan bantuan untuk mempertahankan kubu terakhir mereka itu.

Pemain Geek Fam cuba pulang ke pangkalan apabila mendapati Feekz tidak boleh mempertahankan kubu terakhir mereka seorang diri

Minions X-Asssins sudah pun masuk ke dalam ruang pangkalan akhir Geek Fam, inilah satu-satunya peluang keemasan yang tidak boleh ditinggalkan.

Nami dan Smooth terus membuka skill masing-masing, merobohkan pangkalan Geek Fam dalam masa hanya 4 saat.

Itulah satu ‘penipuan’ split push yang cukup hebat daripada pasukan Xpax X-Assins dalam perlawanan menentang Geek Fam semalam dalam pusingan Liga Profesional (MPL), memperoleh kemenangan 2-1.

2ez4Jepv dan Rippo sudah pulang ke kubu terakhir Geek Fam, tapi hanya boleh sekadar menyaksikan pangkalan mereka dirobohkan dengan begitu sahaja oleh Nami dan Smooth.

Jurulatih pasukan tersebut Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel) berkata mereka mengambil pengajaran kekalahan kepada Geek Fam pada pusingan kedua.

“Tentang strategi game ketiga, kami fokus untuk split push sebab kami sudah terkena pada pusingan kedua. 

“Penggunaan harith oleh Smooth yang kemas, tidak kejar kill (mata bunuh) dan juga komunikasi antara pasukan sangat bagus, iaitu hanya memberi fokus kepada objektif.

“Tipu daya untuk mengumpan Geek Fam untuk mendapatkan Lord berjaya dilakukan dan ya, Alhamdulillah menjadi.

Dengan prestasi yang menakjubkan di peringkat liga MPL itu, Padel juga memuji dengan peningkatan mutu persembahan X-Assins.

“Perlu diakui, memang X-Assins memang antara pasukan yang tidak diberi perhatian dari awal kerana masih baharu.

“Setakat ini, sebagai satu pasukan yang tidak dipandang tinggi oleh ramai orang pada peringkat awal dan diperkecilkan, saya rasa, mereka telah berusaha keras. Mereka pada tahap terbaik sekarang,” tambah Padel.

X-Assins terdiri daripada: 

  • Mohd Al Hatta b. Mohd Shokri(artha)
  • Muhd Siddiq Fadhil (kukubesi)
  • Muhd Aiqal b. Amran(Ax)
  • Aeliff Adam b. MD Ariff(smooth)
  • Syed Nabil b. Syed Nasir(Nami)
  • Syed Fahd b. Syed zain(Arab)

X-Assins hari ini bakal bertemu dengan pasukan popular tanah air Bosskurr Gaming (Bosskurr) pada jam 8 malam nanti.

Mereka kini berada di kedudukan keenam liga dengan 16 mata terkumpul secara keseluruhan.

MPL musim ketiga ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura.


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved