Connect with us

Mobile Legends

Bekas Moderator Singapura mohon maaf, terkilan perangai komuniti Malaysia

Published

on

Muhammad Syukrie Sulaiman kesal dengan komen yang ditinggalkannya itu dan memohon maaf atas kesilapan berkenaan. - Foto Facebook

Bekas Moderator Facebook Mobile Legends, Muhammad Syukrie Sulaiman memohon maaf berhubung satu komen yang mengandungi kata-kata kesat, yang ditinggalkan dalam satu video penstriman langsung semalam.

Syukri berkata dia sebenarnya tidak menyedari bahawa dia masih mempunyai akses sebagai moderator bagi akaun Facebook yang mempunyai 11 juta pengikut itu.

“Saya ingat saya tidak mempunyai akses kepada akaun tersebut kerana saya sudah berhenti menjadi moderator pada 3 Februari 2018.

“Saya juga ingin beritahu saya adalah warga Singapura, tetapi saya bukan xenofobia.

“Apabila saya melihat sendiri kata-kata yang penuh dengan kebencian daripada penonton Malaysia, yang melontarkan kata-kata bersifat perkauman dan memalukan kepada rakan saya, Edward Mah Yee Liang  (Pengurus Pasukan Nara Esports SG), memang mengejutkan saya,” katanya dalam satu kenyataan pada pagi tadi.

Muhammad Syukrie Sulaiman kiri terkilan melihat komen-komen daripada komuniti Malaysia terhadap rakannya Edward Mah Yee Liang. – Foto Facebook

Lantaran itu, Syukri berkata dia kecewa kerana meninggalkan komen yang mempunyai kata-kata kesat berkenaan tanpa mengetahui dia masih mempunyai akses kepada akaun Facebook Mobile Legends tersebut.

“Secara ikhlasnya, saya memohon maaf dan kesal kerana berkata sedemikan rupa.

“Saya tidak berniat untuk mencemarkan imej e-sukan Mobile Legends.

“Namun saya berharap agar penonton di Malaysia supaya lebih positif apabila memberi komen dan tidak menyebarkan sebarang kebencian kepada orang lain,” tambahnya.

Dalam kenyataan itu, Syukri mengakhiri dengan permohonan maaf sekali lagi dan berharap komuniti e-sukan ini menjadi lebih baik.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved