Connect with us

Mobile Legends

‘Diam lah b***’, admin Mobile Legends terkantoi mencarut

Published

on

Pentadbir atau admin Facebook Mobile Legends dilihat terlanjur mengeluarkan kata-kata kesat di ruang komen dalam satu video penstriman secara langsung (live streaming) semalam.

Insiden yang dilihat seperti tidak disengajakan itu berlaku dalam satu video penstriman langsung yang menyaksikan perlawanan Liga Profesional (MPL) antara negara jiran, Nara Esports SG (Nara) menentang EVOS Esports SG (EVOS).

Pentadbir itu dilihat meninggalkan komen ‘Diam lah b***’ ketika pemilihan hero dilakukan bagi kedua-dua pasukan itu.

Paparan skrin yang menunjukkan pentadbir Facebook Mobile Legends terlanjur mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu penstriman langsung. – Foto kiriman Hideo Itami

Susulan tindakan pentadbir Facebook Mobile Legends yang mempunyai 11 juta pengikut itu, ramai peminat meluahkan rasa marah dan menggesa agar pembangun e-sukan itu, Moonton untuk mengambil tindakan.

Bagi streamer tanah air Vivy E Majengen, dia berpendapat Moonton perlu menapis semula pemilihan pentadbir Facebook Mobile Legends di Malaysia.

“ Wow, ‘profesional’ sungguh.

“Inilah yang akan terjadi kalau moderator dipilih secara suka-suka. Terpaksalah buang semua moderator sedia ada dan buat pilihan semula,” kata Vivy.

Sementara itu bagi, bagi pengguna Facebook Daud Edid, dia berpendapat pentadbir tersebut wajar diberi peluang kedua tapi perlu memohon maaf atas tindakan yang tidak disengajakan itu.

“Sekurang-kurangnya kena minta maaf, tidak rugi pun kalau mohon maaf biarpun tindakan itu tidak disengajakan.

“Sama-samalah kita bertolak ansur. Barulah industri e-sukan kita boleh maju,”katanya.

Pengguna Facebook Muhd Izzan turut senada dengan Daud, dan menggesa agar permohonan maaf secara rasmi dikeluarkan.

“Cadangan saya agar satu kenyataan maaf dikeluarkan secara rasmi. Walaupun benda ni nampak macam remeh, tapi Moonton bukan satu syarikat kecil.

“Tidak kiralah apa yang berlaku, pentadbir perlu menunjukkan sikap yang profesional. Namun segala bentuk tindakan yang akan dilakukan terhadapnya perlulah bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak,” katanya.

Sementara itu bagi, Zaiem Syafiq Mohd Zaman, dia melihat situasi ini sebagai pengajaran kepada semua pihak termasuk moderator dan komuniti Mobile Legends tanah air supaya mengurangkan pertuturan toksik.

“Janganlah jadi toksik. Ya memang susah dibendung, tapi lihatlah apa yang berlaku hari ini. Disebabkan kelakukan toksik ini, tak pasal-pasal berlaku kesilapan seperti tersalah komen sebagai moderator.

“Kemudian, orang lain pula dituduh dan dikecam teruk. Adil kah?

“Berhentilah menjadi toksik. Dapat apa kalau menjadi toksik? Tahu tak dengan mengecam secara melulu boleh menyebabkan orang lain murung? Fikirkanlah,” kata Zaiem.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, setakat pagi tadi, komen tersebut yang ditinggalkan dalam penstriman video secara langsung itu telah pun dipadamkan.

Video tersebut telah mendapat 114,000 tontonan dengan 714 perkongsian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved