Connect with us

Mobile Legends

Ini sebab kenapa Kolia ‘ditendang’ EVOS

Published

on

Ng Shao Ming (Kolia) merupakan antara pemain Tank dan Support yang terkenal dengan skilnya tersendiri dalam Mobile Legends. - Foto Facebook / Kolia Legends

Terlalu over-confident (berkeyakinan tinggi) dengan semua perkara.

Itu antara menjadi punca bekas kapten pasukan terkemuka Mobile Legends di Asia Tenggara, EVOS Esports (EVOS) Ng Shao Ming atau senang dikenali sebagai Kolia ‘ditendang’ keluar daripada pasukan itu.

Kapten EVOS, Boon Wei Xing Robert (OhDeerBambi) berkata sikap dan personaliti Kolia itu dilihat tidak sesuai dengan pasukan tersebut.

“Kami tidak suka apabila dia over-confident dengan semua perkara.

“Kami rasa dia tidak mempunyai persefahaman yang baik dengan EVOS, jadi kami membuat keputusan untuk keluarkannya,” katanya dalam satu video temu bual di Facebook Mobile Legends sempena Liga Profesional (MPL) musim ketiga.

Dalam video tersebut, Kolia turut menjelaskan situasi berkenaan daripada perspektif pihaknya. 

Jelasnya, dia meninggalkan EVOS yang pernah meraih tempat kedua MPL musim lalu adalah kerana pasukan itu tidak memerlukan pengguna hero Aggro Tank dalam rancangan strategi mereka pada ketika itu.

Pengguna hero Aggro Tank berperanan untuk menggunakan abiliti mereka bagi mengumpan pihak musuh untuk menentangnya sahaja.

“Mereka tidak perlukan Aggro Tank, jadi saya diletakkan di bangku simpanan ketika itu.

“Memang ada drama dalam setiap pasukan tapi saya tidak rasa ia perlu melemahkan mutu persembahan kami.

“Saya rasa sebagai pemain atau penghibur, kita perlu sentiasa pandang ke hadapan,” kata Kolia yang berperanan sebagai pemain Tank dan Support dalam Mobile Legends.

Hanya tinggal kenangan. Kolia (tiga dari kiri) bersama pasukan Evos Esports SG pada musim lalu. Foto – mpl.mysg.mobilelegends.com

Tambah Kolia, keputusannya untuk menyertai pasukan Nara Esports SG (Nara) adalah sangat tepat memandangkan baginya Nara adalah pasukan paling kuat dalam MPL kali ini.

“Saya berkeyakinan bahawa kumpulan yang saya pilih ini adalah yang terbaik,” jelas Kolia.

Dalam perlawanan minggu kelima MPL menyaksikan pasukan Nara bertembung dengan EVOS dan menang 2-0.

Nara terus mencatatkan rekod tanpa kalah selepas mereka mengalahkan Reborn 2-0, Resurgence 2-1, Bosskurr 2-0, Bigetron SG 2-0, Geek Fam 2-0, dan Xpax 2-1.

Mereka kini berada di kedudukan pertama liga dengan 19 mata terkumpul secara keseluruhan.

MPL musim ketiga ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved