Connect with us

Mobile Legends

Bukan pilihan Zan untuk pelat ‘R’

Published

on

Mohammad Noorhafidzan atau senang dikenali Zan (kiri) memilih untuk tidak tunduk kepada kecaman sebaliknya mahu terus berusaha memperbaiki diri dalam bidang ulasan e-sukan. - Facebook / Karakuri

KUALA LUMPUR – Pengulas e-sukan Mobile Legends Mohammad Noorhafidzan mengakui sedikit sedih dengan komen-komen penonton mengenai ketidakbolehannya dalam menyebut huruf R.

Mohammad Noorhafidzan atau senang dikenali Zan berkata dia akur setiap penonton mempunyai hak masing-masing untuk memberikan pandangan namun ia tidak bermaksud untuk dirinya berputus asa dalam bidang pengulasan e-sukan.

“Pelat yang ada pada Zan ini, bukan pilihan Zan. Sejujurnya memang sedih membaca ruangan komen, tetapi yang membuatkan Zan untuk terus mengulas adalah penonton-penonton lain yang terus memberi sokongan kepada Zan.

“Kadang-kala kesian juga kepada penyokong-penyokong Zan kerana takut mereka letih menghadap kaki kecam di bahagian komen MPL sebab orang nak tengok pasukan masing-masing berlawan, mahu menyaksikan skil dan corak permainan menakjubkan para pemain profesional MPL.

“Tetapi apabila apabila pasukan-pasukan sedang bertarung dalam perlawanan, penonton pula bertarung di ruang komen,” kata Zan ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Zan yang menggunakan nama Karakuri dalam arena maya berkata dia memilih untuk tidak berputus asa meskipun sering mendapat kecaman sedemikian setiap kali melakukan ulasan dalam perlawanan e-sukan.

Nara masih lagi mendominasi di MPL dengan mengalahkan Icon dan X-Sins berjaya mengalahkan pasukan veteran Geek Fam! Anyway, Open slot untuk viewers!

Nara masih lagi mendominasi di MPL dengan mengalahkan Icon dan X-Sins berjaya mengalahkan pasukan veteran Geek Fam! Anyway, Open slot untuk viewers!Type !Notify duluu~Group ID – 573997

Posted by Karakuri on Friday, 5 April 2019

Dia berkata kekuatannya untuk terus memperbaiki diri dalam bidang pengulasan adalah daripada dorangan dan sokongan tanpa henti daripada peminat dan rakan-rakan penstriman.

“Ada satu komen yang saya pernah baca, dia kata dia benci tengok saya sebab pelat ‘R’. 

“Katanya: “Dulu aku benci juga tengok mamat Pelat ‘R’ ini, tapi lepas lihat dia bersungguh-sungguh jadi pengulas aku jadi suka pula tengok dia mengulas”.

“Kadang-kadang sebab mereka ni lah Zan masih teruskan menjadi seorang pengulas walaupun selalu kena kecam,” tambahnya.

Zan yang berusia 27 tahun pada tahun ini bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang positif dalam mengharungi industri permainan video dan penstriman langsung ini.

Menurut Zan, dia sebenarnya seorang pemalu dan mungkin tidak sampai ke tahap ini hari ini jika tidak kerana penyokong-penyokongnya juga yang ‘memaksa’ Zan untuk keluar dari zon selesa.

“Zan nak ucapkan terima kasih kepada Kitty Katto, Adam Spartanker dan Vivy Ai Gaming yang membawa Zan dari Sarawak sampai la ke sini dalam industri ini.

“Begitu juga dengan rakan-rakan pengulas yang lain seperti Edo, Ikutoo, Cortx, Icybaby12 dan ramai lagi yang telah banyak mengajar Zan tentang pengulasan,” tambah Zan.

Zan yang mula bermain permainan video sejak usia 7 tahun, memulakan jejaknya dalam bidang pengulasan pada tahun lalu menerusi MPL musim kedua.

Dia kini aktif melakukan pengulasan e-sukan dan penstriman langsung di Facebooknya yang kini mempunyai pengikut melebih 78,000 pengikut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved