Connect with us

Mobile Legends

Selepas 671 hari bersama, Oh Deer Bambi tinggalkan EVOS SG

Published

on

Foto fail

PEMAIN profesional Mobile Legends Bang Bang (Mobile Legends) Robert Boon Wei Xing (OhDeerBambi) meninggalkan pasukan EVOS SG mulai semalam.

EVOS SG berkata ia merupakan satu keputusan yang bukan senang untuk melepaskan OhDeerBambi dari pasukan itu.

“Ia merupakan satu perjalanan yang sangat jauh bersama OhDeerBambi. Dalam keadaan susah dan senang, kami mengharungi bersama.

“Ia bukan satu keputusan mudah tapi kami mahu mengumumkan bahawa OhDeerBambi tidak lagi bersama EVOS SG.

“Terima kasih OhDeerBambi,” kata EVOS SG dalam satu kenyataan pada malam semalam.

Sepanjang bersama EVOS SG, Oh Deer Bambi telah meraih pencapaian:

  • Naib Juara MPL Musim Kedua 2018
  • Naib Juara MPL Musim Ketiga 2019
  • Finalis Piala Asia Tenggara 2019
  • Juara MPL Musim Keempat 2019

Sementara itu, OhDeerBambi dalam satu reaksi berkata dia berterima kasih kepada organisasi EVOS Esports dengan pengalaman yang diberikan itu.

“Dan itulah penamatnya! Terima kasih EVOS Esports dan Ketua Pegawai Eksekutif Ivan Yeo kerana mempercayai saya sejak awal lagi.” kata OhDeerBambi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved