Connect with us

Mobile Legends

Reborn tidak dapat jemputan ke MPLI, tapi Orange – Red Esports

Published

on

Reborn tidak lagi bersama Orange selepas tamat MPL MY/SG.

“KALAU ada peluang, memang kami tidak akan tolak.”

Itu kata pengasas RED Esports, Anne Raihan yang agak terkilan apabila pasukan RED Reborn tidak menerima jemputan ke Piala Liga Profesional Mobile Legends 4 Negara (MPLI) 2020.

Menurut Anne, meski RED Reborn mengekalkan barisan pemain utama dan mendapat tempat ketiga Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima, pasukannya tidak ditawarkan untuk menyertai MPLI 2020.

“Difahamkan sebelum ini tawaran untuk bermain di MPLI diberikan dari Moonton (pembangun Mobile Legends) kepada Orange Esports.

“Namun Orange Esports menolak tawaran tersebut kerana mereka tiada pemain selepas MPL MY/SG Musim Kelima tamat.

“Bila Orange Esports menolak tawaran tersebut, baru mereka memaklumkan kepada pemain-pemain Reborn. Reborn tidak menukar organisasi, hanya bertukar penaja,” kata Anne Raihan.

Pada 9 Mei lalu, Orange Esports mengesahkan Reborn yang tidak lagi bersama mereka.

Good luck and all the best to these boys in their future endeavours as they take on new challenges to build their careers. It was an enjoyable run.

Posted by Orange Esports on Saturday, 9 May 2020

Reborn masih mengekalkan barisan pemain utamanya iaitu:

  • Akmal Afi Uzair Daud – Silo (Kapten)
  • Adib Rusydi Ahmad Tarmizi – Mom
  • Syed Raziq Hakimi Syed Toko Khairuddin Cakbu
  • Muhammad Akmal Rozali – Mal
  • Muhammad Firdaus Bin Mohd Aniza -Eren
  • Muhammad Aiman Aliff Zulkefli – Grengo

Reborn kemudiannya menyertai RED Esports pada 13 Mei.

Jelas Anne, dia hanya bertindak sebagai penaja bagi pasukan Reborn dengan menyediakan tempat tinggal, gaji dan telefon pintar kepada pemain-pemain.

“Saya tidak memiliki pasukan Reborn tetapi memberikan keperluan kepada mereka sebagai pemain-pemain e-sukan.

“Reborn masih diuruskan oleh jurulatih mereka iaitu Mohd Farhan Kamari (Hawkeye),” tambah Anne.

BACA: “Memang saya akan hadiahkan phone seperti iPhone XR atau Black Shark kalau mereka perform” – Anne Red Esports

MPLI akan berlangsung pada 19 Jun sehingga 21 Jun nanti pada peringkat kumpulan.

Empat pasukan Malaysia telah disahkan telah menerima jemputan untuk sertai MPL iaitu:

  • Geek Fam (Tempat Kedua MPL MYSG)
  • Team Bosskurr (Tempat Kelima MPL MYSG)
  • Todak (Tempat Keenam MPL MYSG)
  • Team SMG (Tempat Ketujuh MPL MYSG)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved