Connect with us

Mobile Legends

Bukan sekadar hero Land of Dawn, Mobile Legends sumbang RM51,500 untuk Tabung Covid-19

Published

on

Foto: IO Esports

KUALA LUMPUR – Pihak pembangun e-sukan Mobile Legends:Bang Bang (Mobile Legends) Moonton, telah menyumbangkan dana sebanyak RM51,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Tabung Covid-19.

Dana tersebut telah dikumpulkan dalam satu penstriman penstriman pertunjukan amal Mobile Legends 515 eParty yang diadakan pada Mei lalu.

“Kami berterima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha pengumpulan dana untuk wira-wira negara dalam menangani wabak Covid-19!

“Menerusi setiap perkongsian dan tontonan penggiat e-sukan semasa siaran langsung 515 eParty yang lalu, kami telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 51,500.

“Anda semua bukan sekadar hero di Land of Dawn, tapi hero sebenar yang berjuang untuk satu matlamat, bersama perangi Covid-19!” kata Moonton dalam satu kenyataan pad Khamis.

Sumbangan tersebut berjaya disalurkan kepada pihak KKM dalam satu Majlis Sumbangan Amal Covid-19 di Putrajaya bersama 14 syarikat tempatan yang lain.

Penyerahan cek replika itu disampaikan wakil Moonton, Arif Shahir Mohd Asri dan IO Esports, Jennifer Hew kepada Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang.

Pertunjukan Amal 515 eParty disertai penghibur-penghibur penstriman langsung termasuk Soloz, MasterRamen, ChuChu Gaming, SynC dan ramai lagi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved