Connect with us

Mobile Legends

MPLI: Memang ada tekanan jadi pemain, tapi mereka percaya saya – Zeys

Published

on

Foto YouTube : EVOS Legends

JURULATIH EVOS Legends, Bjornn Ong (Zeys) mengakui penukaran posisi sebagai seorang pemain profesional Mobile Legends mempunyai tekanan yang tersendiri.

Zeys berkata tekanan itu bagaimana pun dilihat sebagai satu perkara yang positif memandangkan rakan-rakan sepasukannya mempercayai kebolehannya.

“Menjadi seorang pemain memang mempunyai banyak tekanan dan pertukaran posisi dari jurulatih sebenarnya adalah satu perkara subjektif.

“Secara keseluruhan, ini adalah satu proses yang baik.

“Mereka mempercayai saya sebagai jurulatih, jadi ia merupakn satu perkara positif,” kata Zeys.

Zeys berkata demikian dalam satu temu bual bersama penganalisis Piala Liga Profesional Mobile Legends 4 Negara (MPLI 2020), Aiman Kamal (Laphel) selepas tamat pusingan penentuan upper bracket menentang pasukan terbaik Malaysia, Geek Fam.

Dalam perlawanan itu, EVOS Legends menang 2-1 dan berjaya mengunci slot di peringkat upper bracket dalam pusingan penentu (playoff) MPLI yang akan berlangsung 3 Julai nanti.

Perlawanan itu juga merupakan debut pertama Zeys sebagai pemain.

Jelas Zeys, perlawanan menentang Geek Fam tadi memang satu saingan yang hebat memandangkan Mobile Legends mempunyai kemas kini yang terbaharu pada beberapa hari lepas.

Kemas kini itu memberi perubahan kepada beberapa skil dan kebolehan hero-hero Mobile Legends yang berkaitan.

Kemas kini itu juga menyebabkan setiap pasukan bertanding mengatur strategi yang baharu dan terbaik mengikut kesesuian.

“Dalam situasi ini, pelbagai perkara perlu difikirkan terutama sebagai pemain, saya menghadapi cabaran sebagai seorang pemain,” kata Zeys.

Sementara itu, Zeys juga menjawab persoalan Laphel sama ada perlawanan yang agak lama menentang Geek Fam dalam Best of 3 tadi memenatkan.

Zeys menjawab:”Dalam latihan EVOS Legends kami selalu mengadakan perlawanan Best of 5, jadi perlawanan tadi tidak memenatkan.

“Selepas tewas dalam pusingan kedua tadi, kami memilih untuk menerus ke hadapan dan fokus kepada pusingan ketiga,” kata Zeys.

Selain Zeys, pemain EVOS Legends yang menyertai MPLI terdiri daripada Rexxy, Rekt, Wann, Bajann dan Pendragon.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved