Connect with us

Mobile Legends

Kami expect lebih dari SMG, tapi mereka main secara biasa sahaja – Phoenix AuraFire

Published

on

PEMAIN profesional Mobile Legends pasukan Indonesia AuraFire, Patrick Siagian (Phoenix) menyifatkan pasukan Malaysia, Team SMG sebenarnya boleh bermain lebih baik berbanding apa yang ditonjolkan dalam Kejohanan Piala 4 Negara Liga Profesional (MPLI) semalam.

Phoenix berkata dia kecewa apabila Team SMG memilih untuk bermain dengan ‘selamat’.

“Saya rasa mereka boleh buat dengan baik, sebab kami mengharapkan yang lebih dari Team SMG.

“Kami menjangkakan Team SMG mempunyai kelompok hero yang lebih banyak, dengan strategi-strategi yang tidak pernah dilihat.

“Namun mereka bermain dengan biasa sahaja dengan mengeluarkan hero-hero meta hyper carry,” kata Phoenix.

Phoenix berkata demikian dalam satu temu bual bersama penganalisis MPLI, Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) selepas perlawanan Team SMG dan AuraFire tamat.

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A tersebut, AuraFire menang mudah 2-0 ke atas Team SMG.

AuraFire juga mencatatkan rekod terpantas menamatkan permainan dalam MPLI dengan catatan 8 minit 41 saat.

Rekod itu dilakukan pada pusingan pertama menentang Team SMG.

Jelas Phoenix, pasukannya berlatih setiap hari walapun hanya diberikan persiapan selama sebulan. Phoenix juga berkata AuraFire turut menukar barisan pemainnya sebelum ini.

MPLI telah membuka tirainya semalam dengan memulakan saringan peringkat kumpulan A.

Dalam kumpulan A, pasukan Indonesia, ONIC Esports kini berada di kedudukan paling atas dengan 2 mata selepas menang 2-0 ke atas pasukan Malaysia, Todak dan Team SMG.

MPLI menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM420,000.⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Ia akan berlangsung sehingga 5 Julai 2020.⁣⁣⁣

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved