Connect with us

Mobile Legends

Bila hero klasik Mobile Legends jadi makin power, semuanya kerana projek NEXT Mooton

Published

on

Hero Yi Sun-shin merupakan antara hero yang mendapat kemaskini dari Mobile Legends. Dari marksman kini marksman/assassin. - Foto Mobile Legends

PADA awal Jun lalu, Moonton mengumumkan mengenai NEXT, iaitu satu projek jangka masa panjang yang memberi tumpuan kepada pelarasan, kemaskini bunyi, seni dan pembangunan IP bagi memberikan pengalaman yang terbaik dan berkualiti tinggi bagi pengguna dan pemain.

Menurut Moonton, sejak Mobile Legends semakin berkembang dari segi rekaan mekanik hero dan corak permainan, beberapa hero klasik dilihat semakin kurang mendapat sambutan dari pemain berbanding hero-bero baharu.

Dalam projek NEXT, Moonton berkata pihak pembangun Mobile Legends akan berkerja secara progresif dalam usaha meningkatkan mutu dan pengubahusaian hero-hero klasik itu supaya ia menjadi lebih unik dengan ciri-ciri tersendiri.

“Antara aset besar dalam NEXT adalah peningkatan dan pengoptimuman kawalan dalam permainan.

“Ciri pertama yang akan didedahkan adalah “Sasaran Pintar” yang membolehkan pemain untuk memilih sasaran secara bebas dan lebih tepat ketika menggunakan skil hero.

“Pasukan kami berharap dengan perlaksanaan fungsi ini dapat membawa nilai kompetitif MOBA kepada tahap lebih tinggi,” kata Moonton dalam satu kenyataan media.

Selain itu, dalam usaha menyelesaikan masalah penglihatan yang terhad pasukan pembangun Mobile Legends turut menyatakan bahawa pihaknya telah membuat penambahbaikan dengan mengusahakan kaedah seperti zum keluar dan kamera condong semasa wira menggunakan kebolehan masing-masing.

Mobile Legends bukan satu nama asing dalam kalangan komuniti e-sukan, terutama di Malaysia.

Ia telah memperolehi kejayaan yang besar dengan melakukan proses peningkatan dan penyesuaian dalam permainan.

“Bagi memberi pengalaman permainan yang lebih baik dan bermutu kepada para pemain, inovasi sentiasa menjadi teras dalam permainan ini.

“Kejayaan Mobile Legends: Bang Bang 2.0 pada tahun 2019 telah membuktikan bahawa kualiti permainan adalah penting dan kami percaya, sebagaimana berjayanya inisiatif ini, begitu juga dengan projek “NEXT”,” tambahnya.

Moonton berkata, projek NEXT akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved