Connect with us

PUBG Mobile

Selepas 3 kali toosoon Valdus The Murder dapat juga Chicken Dinner, Bigetron RA kekal ranking pertama

Published

on

Foto: Facebook VALDUS Esports

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile profesional Thailand Valdus the Murder berjaya akhirnya mendapatkan Chicken Dinner setelah beberapa kali too soon (keluar awal) dalam perlawanan Hari Pertama Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Valdus the Murder dilihat mengalami kesukaran dalam mempertahankan lokasi mendarat mereka di peta Erangel, Sanhok dan Miramar apabila tewas tiga kali berturut-turut pada awal pertarungan.

Lokasi pilihan Valdus the Murder iaitu Kota Rozhok dan San Martin berjaya ditandingi oleh pasukan T1 dari Korea Selatan dengan penuh keyakinan sehingga menyebabkan pasukan Valdus the Murder terkeluar awal pada pusingan pertama dan kedua.

Valdus the Murder juga gagal mempertahankan kawasan Paradise Resort di Sanhok selepas bertempur dengan pasukan MegaStars dari India. Keadaan itu juga memaksa Valdus the Murder pulang ke lobi dengan lebih awal dengan sekali lagi berada di tempat ke-16.

Namun demikian, pada pusingan terakhir Opening Weekend hari ini, situasi lebih memihak kepada Valdus the Murder selepas berjaya membalas dendam terhadap pasukan T1.

Menerusi kemenangan itu, Valdus the Murder kembali menguasai Rozhok dan seterusnya berjaya mendapatkan Chicken Dinner bagi pusingan Erangel tersebut dengan 14 mata bunuh.

Berikut adalah senarai pemenang Chicken Dinner pada hari pertama Opening Weekend PMWL Timur:

Peta 1 – Erangel – Bigetron RED Aliens
Peta 2 – Vikendi – Bigetron RED Aliens
Peta 3 – Miramar – MORPH Team
Peta 4 – Sanhok – Orange Rock
Peta 5 – Erangel – VALDUS The Murder

Sementara itu, jaguh Indonesia Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) berjaya menunjukkan konsistensi yang baik sepanjang perlawanan berlangsung dan mampu mengekalkan kedudukan mereka di tempat pertama.

BACA: PMWL: Bigetron Red Aliens tunjuk cara world class main, kutip 2 Chicken Dinner berturut-turut, Yoodo Gank nombor 2

Bigetron RA mengutip 89 mata dengan dua Chicken Dinner dan 28 mata bunuh.

Bagi penyandang tempat kedua, pasukan India, Orange Rock sememangnya menunjukkan corak permainan agresif apabila berjaya mendapatkan 23 mata bunuh dan 64 mata pada hari pertama.

Pasukan negara, Yoodo Gank dan Team Secret masing-masing berada di tempat ketiga dan ke-18.

Yoodo Gank menunjukkan konsisntensi dari segi mata kedudukan dan berjaya memperolehi 19 mata bunuh.

LIHAT: Memandu dengan ‘barbar’ seperti Fredo

Satu lagi wakil Malaysia Team Secret MY menghadapi kesukaran pada hari pertama Opening Weekend apabila kebanyakan lokasi mendarat mereka dicabar oleh pasukan-pasukan lain.

Team Secret MY memulakan hari pertama PMWL ini dengan agak baik apabila menduduki tempat keenam selepas pusingan pertama berlangsung.

Namun demikian, pada pusingan Vikendi dan Miramar, Team Secret tumpas kepada pasukan Mongolia NoChance dan TSM Entity dari India pada awal pertarungan.

LIHAT: ClutchGod 1vs 4 Team Secret

Opening Weekend PMWL Timur akan berlangsung selama dua hari dan akan menentukan pembahagian kumpulan bagi peringkat liga.

PMWL Timur akan berlangsung sehingga 9 Ogos nanti dengan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved