Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Bigetron Red Aliens tunjuk cara world class main, kutip 2 Chicken Dinner berturut-turut, Yoodo Gank nombor 2

Published

on

Foto fail

KUALA LUMPUR – Juara dunia PMCO 2019, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) berjaya mengutip dua Chicken dinner pada aksi pembukaan Hari Pertama Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Bigetron RA pada mulanya berjaya meraih Chicken Dinner pertama di Erangel dan memperolehi 10 mata bunuh dengan 2055 kesan musnah.

Pada pusingan kedua, Bigetron RA yang digelar Raja Vikendi sekali lagi berjaya mendapatkan Chicken Dinner dengan lapan mata bunuh.

Pasukan negara, Yoodo Gank turut berjaya menunjukkan konsistensi yang baik dan kini berada di tempat kedua selepas dua pusingan berlangsung.

Yoodo Gank mempunyai 31 mata keseluruhan dan 13 mata bunuh.

Wakil negara lain, Team Secret berada di tangga ke-11 dengan 12 mata secara kesuluruhan selepas pusingan kedua.

Opening Weekend Hari Pertama PMWL Timur kini masih lagi berlangsung di Facebook PUBG Mobile Esports, dengan berbaki tiga lagi pusingan.

Ikuti lapor langsung WTM Today di Instagram kami.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved