Connect with us

PUBG Mobile

Dulu tak lepas PMNC, sekarang BiuBiu, Fredo di peringkat tertinggi PUBG – OnTheGo

Published

on

KUALA LUMPUR- Pemain profesional PUBG Mobile Kow Jiunn Jie (BiuBiu) dari Team Secret dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) dari Yoodo Gank telah banyak berubah sejak pembabitan mereka dalam e-sukan itu, kata pengulas e-sukan negara Partibhan Petchayappen (OntheGo).

OntheGo berkata meski permulaan karier BiuBiu dan Fredo sebagai pemain profesional PUBG Mobile tidak terlalu baik namun kini kedua-dua pemain itu berjaya mewakili Malaysia dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

PMWL: ESOK GUYS!

PMWL: 1 HARI LAGI!⁣⁣⁣NOTHING lasts forever, we can change the future! ⁣Perjalanan dunia kompetitif PUBG Mobile Fredo bermula apabila dia menggantikan salah seorang pemain TXS yang tidak dapat beraksi dalam satu kejohanan PMNC di Johor pada 2018.⁣⁣⁣Dari kejohanan kecil bersama Belacan Gaming, kemudian ke peringkat yang lebih tinggi bersama Yoodo Gank, Fredo sememangnya seorang pemain e-sukan yang berkaliber dan serba boleh.⁣⁣⁣⁣Dari Mobile Legends ke PUBG Mobile, @fuadalili juga pernah menjadi pengulas pada Final Global PMCO pada tahun lalu.⁣⁣⁣⁣Penyertaan Fredo ke PMWL juga merupakan pencapaian tertinggi Fredo sejak dia menceburi dunia e-sukan.⁣⁣⁣⁣Alright guys, kira-kira RM3.6 juta menjadi taruhan, siapa sebenarnya yang bakal menjadi yang terbaik di dunia? 10 Julai 2020, ini detiknya untuk anda menyaksikan sendiri, pertempuran yang terbaik dari yang terbaik merebut gelaran juara.⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣WTM Today akan membawakan kepada anda kemas kini PMWL terkini pada setiap hari, bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan penggiat-penggiat e-sukan. ⁣⁣⁣⁣Ayuh! Kita laungkan semangat Malaysia Boleh di pentas dunia!⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣📸 Instagram ➡ @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣🗨 Facebook ➡ What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣🎬 YouTube ➡ wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣#BukanSekadarMainGame #IniEsukanKita #WTMToday #PMWL #pubgmobile

Posted by WTM Today on Thursday, 9 July 2020

“BiuBiu dan Fredo sanggup ke Johor untuk menyertai Kelayakan Kejohanan PUBG Mobile (PMNC) pada 2018 namun mereka tidak melepasi peringkat tertinggi kejohanan itu.

“Mereka agak bot (lemah) ketika itu. Tetapi masa telah berubah. Hari ini, pada saat ini, mereka berdiri sama tinggi, membawa Jalur Gemilang dengan cukup bangga di peringkat paling tinggi arena PUBG Mobile ini.

“Pencapaian mereka membuktikan Malaysia merupakan negara yang kuat dalam e-sukan PUBG Mobile. Team Secret dan Yoodo Gank, berikan yang terbaik. Bawa pulang satu lagi kegemilangan untuk kami,” kata OntheGo dalam satu kenyataan pada semalam.

OnTheGo juga berkata dia menyeru peminat Team Secret dan Yoodo untuk menyokong kedua-dua pemain itu ke tahap yang lebih tinggi.

BiuBiu dan Fredo bakal mewakili negara dalam PMWL malamnanti.

Liga Dunia Timur bakal menawarkan jumlah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$425,000)

Team Secret akan berada di kumpulan A untuk peringkat “Opening Weekend” manakala Yoodo Gank akan berada di kumpulan B.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved