Connect with us

PUBG Mobile

Kenapa Yoodo Gank main game lanun sebelum PMWL?

Published

on

SERING kali kita melihat beberapa minggu sebelum kejohanan besar bermula, pemain-pemain PUBG Mobile Yoodo Gank akan bermain beberapa permainan yang tidak berkaitan e-sukan utama mereka dalam penstriman langsung.

Contohnya pada kejohanan Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara yang lalu, pemain-pemain Yoodo Gank dilihat bermain MotoGP beberapa hari sebelum kejohanan bermula.

Kali ini, menjelang Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL), pemain-pemain itu dilihat kerap bermain Sea of Thieves di penstriman langsung mereka.

Kapten pasukan PUBG Mobile Nombor 1 Asia Tenggara itu, Aiman Mohd (Man Parang) berkata antara sebab Yoodo Gank melakukan perkara tersebut adalah untuk mengukuhkan hubungan antara pemain.

“Ini adalah salah satu latihan yang kami lakukan kerana setiap pemain sudah mempunyai skil dan boleh bermain.

“Jadi kami hanya mahu memantapkan lagi persefahaman antara kami. Contohnya memahami antara satu sama lain seperti adik-beradik sendiri.

“Apabila kami sudah memahami antara satu sama lain, komunikasi akan menjadi lebih mudah,” kata Man Parang dalam satu temu bual eksklusif bersama WTM Today.

Man Parang juga berkata dia kagum dengan sinergi kembar Bigetron Red Aliens, Made Bagus Prabaswara (Luxxy) dan Made Bagas Pramudita (Zuxxy).

Jelasnya, persafahaman pasangann kembar itu memberi inspirasi kepada kapten pasukan Yoodo Gank, Manparang untuk meningkatkan persefahaman antara rakan sepasukannya.

Dalam temu bual tersebut, Manparang turut berkongsi mengenai cabaran-cabaran yang dilalui ketika bermulanya karir sebagai seorang pemain esukan profesional.

Anda boleh menonton temu bual eksklusif tersebut di YouTube WTM Today:

Yoodo Gank akan mewakili Malaysia di Liga Dunia Timur 9 Ogos nanti.

Kejohanan itu bakal menawarkan hadiah wang terkumpul terbesar anjuran PUBG Mobile Esports iaitu kira-kira RM3.6 juta (AS$300,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved