Connect with us

PUBG Mobile

Hari Pertama Open Weekend PMWL ditangguhkan

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports

HARI pertama peringkat Open Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim 0 ditangguhkan kepada esok, berikutan beberapa masalah yang berkaitan dengan pengguna peranti platform iOS.⁣

Menurut pihak PUBG Mobile Esports, PMWL akan disiarkan pada waktu yang sama esok. ⁣

BACA: Format PMWL: Opening Weekend, League Weekend, Super Weekend dan apa yang anda perlu tahu

“Kami menyedari masalah untuk membuka permainan PUBG Mobile dalam kalangan pengguna iOS dan kami dimaklumkan ia juga memberi kesan kepada beberapa aplikasi dan permainan dalam iOS.

“Kami sedang giat bekerjasama dengan beberapa pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian bersama.

“Berikutan kekangan yang berlaku ini, dengan dukacitanya kami terpaksa menangguhkan hari pertama PMWL kepada esok hari dengan harapan semua masalah dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.⁣

Pihak PUBG Mobile Esports juga berkata mereka menghargai kesabaran penonton dan peminat berhubung masalah itu.

PMWL Musim 0 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 juta secara keseluruhan.

Anda boleh menonton secara langsung pada jam 8 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.




© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved