PUBG Mobile
Pengguna iPhone alami kesulitan pada hari pertama PMWL
PEMAIN PUBG Mobile yang menggunakan peranti iOS mengalami kesulitan hari ini apabila terdapat gangguan dan masalah pada platform tersebut.
PUBG Mobile dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang mencari penyelesaian bagi masalah itu.
“Isu ini berlaku kepada beberapa aplikasi dalam platform iOS dan kami sedang giat mencari penyelesaian kepada masalah ini.
“Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya dalam satu ciapan rasmi di Twitter.
Sementara itu, beberapa pemain profesional PUBG Mobile Made seperti Bagus Prabaswara (Luxxy) dari Bigetron Red Aliens turut meluahkan kekecewaanya apabila mengalami masalah yang sama sehingga menjejaskan keupayaannya untuk bermain dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Pemain pasukan Orange Rock dari India, Daljit Singh (Daljitsk) turut meluahkan kekecewaan melalui laman Instagram rasminya.
Daljitsk sebelum ini memuat naik klip yang menunjukkan kegagalannya memasuki skrin lobi PUBG Mobile namu telah memadamkan lip tersebut serta-merta.

Liga Dunia PUBG Moble (PMWL) Timur 2020 sepatutnya bermula pada ari ini namun ditangguhkan berikutan beberapa masalah yang berkaitan dengan pengguna peranti platform iOS.
