Connect with us

PUBG Mobile

Dropspot Yoodo, Secret di Liga Dunia tercabar?

Published

on

DALAM permainan PUBG Mobile, lokasi mendarat sememangnya penting untuk mendapatkan barangan yang mencukupi sebelum bersedia memasuki medan peperangan.

Ia akan mempengaruhi corak permainan sesebuah pasukan pada awal pusingan.

Namun demikian, apakah bakal terjadi sekiranya lokasi pilihan sesebuah pasukan kita dicerobohi pasukan-pasukan luar?

Juara Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara 2020 (PMPL SEA), Yoodo Gank sememangnya terkenal dengan kekuatan mereka di Severny, salah satu lokasi untuk mendapatkan barangan di peta Erangel.

Yoodo Gank sememangnya kelihatan agak selesa dengan pilihan Severny, apabila mereka seringkali tidak diganggu oleh mana-mana pasukan sehingga meneruskan pemilihan tempat Severny ini di kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti: PeaceKeeper Elite Championship 2019 (PEC), Kejohanan Musim Luruh PUBG Mobile Club Open (PMCO) dan lain-lain.

Keberangkalian mereka memilih Severny sebagai lokasi mendarat adalah amat tinggi bagi setiap pusingan di Erangel.

Namun demikian, dalam edisi Liga Dunia (PMWL) Timur pada kali ini, sekiranya Yoodo Gank meneruskan pertaruhan mereka dalam memilih Severny, mereka berkemungkinan akan berhadapan dengan pemenang tempat keempat Liga Profesional Asia Selatan, pasukan India, SynerGE. 

Berdasarkan tempat pemilihan lokasi bagi Peringkat Akhir Liga Profesional Asia Selatan (PMPL SA), peratus pasukan SynerGE memilih Severny sebagai tempat pertaruhan adalah 33.33% sahaja (2/6 pusingan).

SynerGE yang dilihat lebih memilih Lipovka sebagai lokasi mendarat hanya kelihatan memilih Severny sekiranya arah penerbangan pesawat kurang menyebelahi pihak mereka untuk ke Lipovka.

Namun demikian, pada 8 Mei yang lepas, pasukan SynerGE memberanikan diri mencabar pasukan Yoodo Gank di rumah mereka, Severny sebanyak dua kali pertemuan.

Kedua-dua pasukan tidak disingkirkan dalam kedua-dua pertarungan tersebut antara satu sama lain. 

Sebaliknya, pada pertemuan pertama, SynerGE kehilangan seorang pemain di tangan Yoodo Gank manakala Yoodo Gank kehilangan dua pemain di tangan SynerGE.

Pada pertarungan kedua pula, SynerGE kehilangan dua pemain manakala Yoodo Gank kehilangan tiga pemain.

Walaubagaimanapun, Scrim sememangnya tidak menentukan segalanya dan pasukan Yoodo Gank sememangnya akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kota Severny dalam PMWL nanti.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today lokasi mendarat Yoodo Gank yang lain seperti La Cobreria, Lakawi dan Milnar dilihat tidak dicabar oleh pasukan-pasukan PMPL yang lain pada peringkat akhir liga.

Sementara itu bagi Team Secret, mereka dilihat sering menukar lokasi mendarat mereka dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian corak permainan mereka. 

Team Secret sebelum ini dilihat berkemungkinan memilih Podvosto sebagai tempat pertaruan bagi PMWL nanti.

Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini, seperti PMPL Exclusive Scrims dan Matrix World League Scrims, Team Secret dilihat sering mendarat di Podvosto.

Prediksi lokasi daratan pasukan-pasukan liga dunia

Dalam Matrix World League Scrims, Team Secret bertentang dengan pasukan NoChance dari negara Mongolia.

Menerusi pertarungan di Podvosto itu, Team Secret mampu menghabiskan pasukan NoChance dengan mudah tanpa kehilangan pemain.

Pada Team Secret PUBM Pro Scrims yang lalu, Team Secret sekali lagi memenangi pertarungan menentang pasukan Mongolia, NoChance di Podvosto.

Walaupun kehilangan BiuBiu pada awal pertarungan, Team Secret berjaya menumpaskan kesemua pemain NoChance tanpa sebarang masalah, sekaligus mendapatkan tempat-kedua dalam pusingan Vikendi tersebut dengan memperoleh 8 mata bunuh.

Secara kesuluruhan, Team Secret berada di tempat kedua dalam scrim tersebut dengan 30 mata bunuh.

BACA: Team Secret dominasi scrim Liga Dunia

Menerusi pertembungan kedua-dua pasukan itu, Team Secret mendahului perlawanan di Podvosto dengan rekod 2-1 menentang NoChance berdasarkan lapan pertembungan yang berlangsung dalam Scrim Liga Dunia Matrix, Pro Scrim Team Secret dan Scrim Liga Dunia rasmi.

Lima daripada lapan pertembungan dilihat tidak melibatkan penyingkiran mana-mana pasukan.

Setiap kejohanan pastinya akan menyaksikan pelbagai strategi akan dikeluarkan oleh setiap pasukan yang bertanding.

Adakah mereka akan terus mengekalkan pemilihan lokasi mendarat atau mengubah dengan strategi berlainan? Semuanya akan terjawab dalam PMWL yang akan bermula pada jam 8 malam nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved