PUBG Mobile
Format PMWL: Opening Weekend, League Weekend, Super Weekend dan apa yang anda perlu tahu

FORMAT kejohanan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim 0 yang berlangsung pada 10 Julai sehingga 9 Ogos dilihat berbeza berbanding penganjuran PMPL sebelum ini.
Ia merangkumi Opening Weekend, Peringkat Liga dan Super Weekend.
Pada peringkat Opening Weekend, 20 pasukan yang menyertai PMWL Timur akan dibahagikan kepada lima kumpulan secara rawak.
Opening Weekend akan berlangsung pada hari ini sehingga Ahad,
Berikut merupakan pembahagian pasukan-pasukan bagi Liga Dunia Timur Musim 0 pada peringkat Opening Weekend:
- Kumpulan A: Team Secret????????, Bigetron Red Aliens????????, Reject Scarlet ????????, MegaStars????????
- Kumpulan B: Yoodo Gank????????, Morph Team????????, No Chance Team ????????, T1????????
- Kumpulan C: Celtz ????????, OrangeRock ????????, NovaGodlike????????, FreeStyle ????????
- Kumpulan D: RRQ Athena ????????, Valdus the Murder????????, TSM Entity????????, Team IND????????
- Kumpulan E: BOX Gaming????????, King of Gamers Club (KOG)????????, U Level Up ????????,Synerge????????
Pembahagian kumpulan pasukan Liga Dunia secara rawak ini sekaligus meletakkan pasukan profesional PUBG Mobile negara, Team Secret sekumpulan dengan juara dunia Bigetron Red Aliens di Kumpulan A.
Satu lagi wakil Malaysia, Yoodo Gank berada di Kumpulan B bersama pasukan Morph dari Indonesia, T1 dari Korea Selatan dan NoChance dari Mongolia.
BACA: Tencent umum PMWL Season Zero, hadiah terkumpul RM3.6 juta
Namun demikian, Kumpulan D boleh dianggap sebagai kumpulan maut apabila pasukan-pasukan berpengalaman dikelompokkan bersama.
Bekas juara dunia PMSC 2018, RRQ Athena, pemenang tempat keempat PMCO Musim Luruh 2019, Valdus Esports dan pasukan veteran TSM Entity dari India akan menghuni pasukan maut tersebut.
Sebanyak lima pusingan akan berlangsung pada setiap hari Opening Weekend. Berikut adalah turutan pusingan yang akan berlangsung pada peringkat itu:
- Pusingan pertama- Erangel (Kumpulan A, B,C,D)
- Pusingan Kedua- Vikendi (Kumpulan A, B,C, E)
- Pusingan Ketiga- Miramar (Kumpulan A, B,D,E)
- Puingan Keempat- Sanhok (Kumpulan A, C,D,E)
- Pusingan Kelima- Erangel (Kumpulan B,C,D, E)
Keputusan Opening Weekend akan menentukan pembahagian kumpulan peringat Liga yang akan diadakan pada 14 Julai hingga 2 Ogos.
Peringkat Liga bagi PMWL akan berlangsung selama tiga minggu dan terbahagi kepada dua peringkat: League Weekend dan Super Weekend
League Weekend akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu. 16 pasukan dengan mata tertinggi akan maju ke Super Weekend.
Super Weekend akan diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dan akan merangkumi 15 pusingan setiap minggu
Hanya mata daripada Super Weekend akan diambil kira untuk markah keseluruhan. 16 pasukan dengan markah keseluruhan akan layak ke Peringkat Akhir Liga Dunia.
Peringkat Akhir Liga Dunia akan berlangsung selama 3 hari ,7 Ogos-9 Ogos dan akan mempunyai 18 pusingan.
Berikut merupakan peta yang akan dimainkan untuk peringkat akhir Liga Dunia:
- Pusingan pertama- Erangel
- Pusingan Kedua- Vikendi
- Pusingan Ketiga- Erangel
- Puingan Keempat- Miramar
- Pusingan Kelima- Sanhok
- Pusingan Keenam- Erangel
PMWL Musim 0 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 juta secara keseluruhan.
Anda boleh menonton secara langsung pada jam 8 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.