Connect with us

PUBG Mobile

NOVA miliki XQF, Paraboy kini jadi NovaParaboy

Published

on

Foto: Nova Esports / Instagram

ORGANISASI e-sukan Nova Esports mengumumkan pasukan PUBG Mobile terkemuka China, X-Quest telah menyertainya secara rasmi baru-baru ini.

Nova Esports berkata pihaknya mengalu-alukan kedatangan pasukan XQF yang juga merupakan pemenang tempat kedua kejohanan PUBG Mobile Club Open Spring Split (PMCO) itu.

“Kami ingin mengalu-alukan penyertaan pasukan Peace Elite XQF ke organisasi kami.

“NOVA dan XQF akan menyertai Liga Peacekeeper Elite (PEL) pada masa akan datang dan kami menjangkakan mereka akan bersinar dalam kejohanan ini dengan meningkatkan mutu persembahan dan senjata utama dalam medan pertempuan!

“Kami berharap anda dapat memenangi hati peminat di pentas baharu nanti,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di Weibo.

Dalam pengumuman yang sama, Nova Esports turut mengumumkan pihaknya turut memiliki barisan pemain X-Gaming PMPL Amerika secara rasmi.

Nova Esports sebelum ini mengumumkan pemerolehan barisan pemain GodLike dari India yang bakal beraksi di Liga Dunia Timur PUBG Mobile 10 Julai nanti.

Pemain-pemain profesional PUBG Mobile XQF sebelum ini terdiri daripada Zhu Bocheng (Paraboy) dan Xu Yinjun (Jimmy) .

Pemain profesional XQF, Zhu Paraboy, sebelum ini pernah mendedahkan organisasi XQF berhasrat untuk tidak terus melabur dalam barisan PUBG Mobile mereka dan menjelaskan barisan mereka hampir dibubarkan.

Pasukan PUBG Mobile XQF sebelum ini pernah memenangi

  • Tempat Kedua PMCO Fall Split 2019
  • Tempat Pertama Peacekeeper Elite Championship 2019 (PEC)
  • Tempat Ketiga Peacekeeper Elite League 2020 (PEL)
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved