Connect with us

PUBG Mobile

U Mobile Master Series: Ezzy Esports cipta rekod menang UMMS 2 kali

Published

on

Foto: IO Esports

PASUKAN PUBG Mobile tanah Ezzy Esports (Pros Reborn)  menjadi pasukan pertama yang memenangi Kejohanan Mingguan U Mobile Master Series (UMMS) sebanyak dua kali.

Rekod itu berjaya direkodkan pada minggu kedua dan minggu terakhir UMMS.

Pada minggu terakhir UMMS yang berlangsung pada hujung minggu lalu,  Ezzy Esports berjaya mengutip 158 mata secara keseluruhan dengan tiga Chicken Dinner dan 65 mata bunuh (kills).

Berikut adalah pemenang Chicken Dinner UMMS Minggu Keenam: ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

  • Peta 1 – Sanhok – BAD Sleep Esports ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 2 – Erangel – Ezzy Esports⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 3 – Vikendi – Last Survivor Liberty⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 4 – Miramar – AROV Detonatorz⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣Peta 5 – Sanhok – AROV Detonatorz⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 6 – Erangel – Hexangers⁣⁣⁣⁣
  • Peta 7 – Vikendi – Ezzy Esports⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 8 – Miramar – Ezzy Esports⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

Pemain Ezzy Esports, Mica turut muncul sebagai pemenang Anugerah Penembak Jitu selepas mengutip 27 kills pada Grand Final UMMS Minggu Keenam.

Sebelum ini, The Farang Furios memegang rekod kutipan mata terkumpul dan kills paling banyak iaitu 159 mata dan 73 kills.⁣
⁣⁣
Namun Ezzy Esports masih memegang rekod kutipan Chicken Dinner berturut-turut paling banyak iaitu sebanyak tiga kali.⁣⁣

Sebanyak RM700 hadiah tunai dan juga hadiah UC disediakan dalam kejohanan UMMS.

Selain itu hadiah tambahan UC akan diberikan kepada pemenang, jika seluruh ahli pasukan merupakan pelanggan U Mobile. Mereka akan mendapat 2x bonus UC! (contoh: 1050UC x 2 = 2100UC)⁣⁣

UMMS ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣dikuasakan oleh U Mobile⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣, dianjurkan IO Esports bersama rakan media rasmi What’s The Meta Today.

UMMS turut disokong Tencent Games, Lightspeed & Quantum.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved