Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Fredo tersenarai dalam kutipan kills paling banyak Opening Weekend Day 1

Published

on

Foto: WTM / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan nombor 1 Asia Tenggara Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali (Fredo) tersenarai dalam ranking mata bunuh (kills) terbanyak pada hari pertama Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur semalam.

Menerusi ranking itu, Fredo berada di tempat keempat dengan catatan 10 kills.

Secara keseluruhan, Fredo dan Yoodo Gank berjaya mengutip 19 kills dan mengakhiri hari pertama Opening Weekend PMWL Timur dengan berada di ranking ketiga.

Mereka mengutip 49 mata tanpa Chicken Dinner.

Sementara itu, jaguh Indonesia dari Bigetron RED Aliens iaitu Made Bagus Prabaswara (Luxxy) mengungguli ranking tersebut dengan 11 kills.

Rakan sepasukan Luxxy, Muhammad Albi (Ryzen) juga berada dalam carta itu dengan 9 kills.

Satu-satunya wakil India, Arshpreet Gill Singh (Gill) dari Orange Rock dan pemain Thailand dari pasukan RRQ Athena Wachirawit Ramangkool (Earnny) turut berjaya mengutip 10 kills.

Berikut adalah lima pemain terbaik yang berjaya mengutip kills terbanyak pada hari pertama Opening Weekend PMWL Timur semalam:

PMWL Timur kembali akan berlangsung pada malam nanti untuk hari kedua Opening Weekend.

Anda boleh menontonnya PMWL Timur di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved