Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Luxxy Bigetron RA akui uHigh pemain terbaik di dunia ketika ini

Published

on

KUALA LUMPUR – Jaguh PUBG Mobile dunia, Made Bagus Prabaswara (Luxxy) dari pasukan Indonesia Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) menamakan pemain Malaysia Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY sebagai pemain terbaik dunia ketika ini.

Luxxy berkata demikian dalam satu video temu bual Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur bersama hos James Carrol (Kaelaris) pada semalam.

Video temu bual itu melibatkan beberapa pemain profesional selain Luxxy iaitu Yogesh Yadav (RoXX) dari GXR Celtz, Rishabh Katoch (Encore) dari Megastars, Joe Michael Anto (anto) dari Orange Rock, dan Naresh Kumar (seervi) dari Synerge.

Tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, Luxxy dalam satu video temu bual yang lain juga berkata Team Secret MY dilihat sebagai salah satu pasukan yang akan memberi tentangan hebat dalam PMWL Timur.

“Ada beberapa pasukan yang kami menyifatkan bahaya dalam PMWL Timur, yang pertama adalah Team Secret MY.

“Selain itu, pasukan TSM Entity dan King of Gamers (KOG) juga dilihat berbahaya dalam kejohanan kali ini,” kata Luxxy.

Luxxy dan Bigetron RA semalam berada di kedudukan pertama hari pembukaan Opening Weekend PMWL Timur dengan 89 mata.

Mereka berjaya mengutip dua Chicken Dinner berturut-turut di Erangel dan Vikendi.

Luxxy turut mengungguli ranking kutipan mata bunuh terbanyak dengan caata 11 mata bunuh (kills)

BACA: Fredo tersenarai dalam kutipan kills paling banyak Opening Weekend Day 1

Sementara itu, Luxxy juga berkata dia suka bermain di peta Miramar dalam kejohanan kompetitif.

“Miramar tidak mempunyai banyak bangunan, jadi senang untuk menembak musuh di kawasan lapang.

“Miramar juga senang untuk melakukan penukaran posisi dengan menggunakan kenderaan yang ada di peta itu,” kata Luxxy.

PMWL Timur kembali akan berlangsung pada malam nanti untuk hari kedua Opening Weekend.

Anda boleh menontonnya PMWL Timur di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved