Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Yoodo Gank dijangka main di Sanhok hari ini

Published

on

Yoodo Gank tidak bermain di peta Sanhok pada semalam.

KUALA LUMPUR – Pasukan Nombor 1 Asia Tenggara, Yoodo Gank dijangka berpeluang untuk bermain di peta Sanhok, dalam perlawanan hari kedua Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, menurut sumber.

Yoodo Gank yang berada dalam kumpulan B pada peringkat Opening Weekend, akan bermain sebanyak empat pusingan hari ini iaitu dua kali di Erangel dan satu kali di Vikendi dan Sanhok.

Pasukan itu tidak akan bermain di pusingan ketiga pada hari ini, yang akan berlangsung di Miramar.

BACA: Fredo tersenarai dalam kutipan kills paling banyak Opening Weekend Day 1

BACA: T1, Orange Rock beraksi luar jangkaan – Man Parang Yoodo Gank

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia, Team Secret MY yang berada dalam kumpulan A akan bermain di semua peta kecuali Sanhok.

Berikut merupakan pembahagian pasukan-pasukan bagi Liga Dunia Timur Musim 0 pada peringkat Opening Weekend:

Kumpulan A: Team Secret, Bigetron Red AlienS, Reject Scarlet, MegaStars
Kumpulan B: Yoodo Gank, Morph Team????, No Chance Team, T1
Kumpulan C: Celtz, OrangeRock, NovaGodlike, FreeStyle
Kumpulan D: RRQ Athena, Valdus the Murder, TSM Entity, Team IND
Kumpulan E: BOX Gaming, King of Gamers Club (KOG), U Level Up, Synerge

Setiap pasukan hanya akan bermain empat dari lima pusingan yang akan berlangsung dalam Opening Weekend.

Berikut adalah turutan pusingan yang akan berlangsung pada hari ini:

Peta 1 – Erangel (Kumpulan A,B,C,E)
Peta 2 – Vikendi (Kumpulan A, B,D,E)
Peta 3 – Miramar (Kumpulan A,C,D,E)
Peta 4 – Sanhok (Kumpulan B, C,D,E)
Peta 5 – Erangel (Kumpulan A,B,C,D)

BACA: Opening Weekend, League Weekend, Super Weekend dan apa yang anda perlu tahu

PMWL Timur kembali akan berlangsung pada malam nanti untuk hari kedua Opening Weekend.

Anda boleh menontonnya PMWL Timur di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved