Connect with us

Mobile Legends

MPL: Selamba je Xray

Published

on

5 SAAT.

Itu sahaja tempoh yang diberikan kepada pemain profesional Mobile Legends Mohamad Aiman Idris (Xray) untuk menyelamatkan diri dari dibunuh pihak lawan.

Dalam pusingan ketiga perlawanan Todak menentang EVOS SG pada minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim Keenam, Xray memaparkan aksi yang mencemaskan ketika dia cuba melarikan diri dari dibunuh Ong Wei Sheng (Aeon).

Ketika itu, Xray menggunakan salah satu hero terbaiknya iaitu Chou. Manakala Aeon menggunakan Atlas.

Dalam aksi pada minit ke-14 itu, Xray dilihat cuba mendapatkan Aeon namun dikejar semula oleh pasukan EVOS. Nyawa (hp) Xray semakin kritikal disebabkan serangan Andrew Lim (Potato) yang menggunakan hero Roger.

Beberapa saat sebelum itu, Xray dan Todak berada dalam satu pertempuran dengan EVOS SG di bahagian laluan tengah.

Cuba untuk menaikkan nyawanya sedikit demi sedikit, Xray cuba mencari ruang dan masa untuk kembali ke pangkalan utama Todak.

Namun aksi selamba Xray yang melakukan recall betul-betul di pangkalan EVOS SG memang mendebarkan kerana Aeon masih mengejarnya dari belakang.

Seolah-olah keliru dengan tindakan Xray, Aeon dilihat ketinggalan beberapa saat sebelum melancarkan serangan Perfect Match untuk menggagalkan niat Xray yang mahu pulang ke pangkalan pasukannya.

Aeon hanya mampu berputih mata, apabila Xray berjaya pulang dan menaikkan balik aras nyawanya.

Perlawanan antara Todak dan EVOS SG itu menjadi tumpuan peminat apabila ia dilihat ‘menghidupkan kembali’ kehangatan Grand Final MPL Musim Keempat.

Perlawanan itu menyaksikan Todak berjaya menenangkan ngauman harimau putih Singapura itu 2-1.

Menerusi kemenangan itu juga menyaksikan Todak terus mendominasi ranking liga, dengan rekod tanpa kalah 6-0 ketika ini.

Todak merupakan antara pasukan terbaik di Malaysia dan pernah mengharumkan nama negara pada 2019 ketika meraih tempat ketiga dalam kejuaraan dunia Mobile Legends, M1.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved